Sabtu, 18 Januari 2020

BANGKIT! FANZINE – Isu #11 / Isu #12


Diterbitkan secara rasmi pada 18 Januari 2020. Edisi Berkembar BANGKIT! FANZINE isu #11 / isu #12. Setelah lebih setahun beristirehat panjang, Bangkit! Fanzine kembali menerusi penerbitan berformatkan split-issue (dua isu digabungkan dalam satu). Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan masalah keterbengkalaian kerja dan penangguhan yang berlarutan dan tidak mahu membiarkan bahan-bahan penulisan yang telah disediakan semakin ‘membasi’ (meskipun hakikatnya sebuah zine DIY/underground tidak pernah ada tarikh luput). Edisi Berkembar ini menyatukan Bangkit! #11 dan Bangkit! #12.

BANGKIT! #11
Sedekad Pelempanng Hardcore Punk! Unit Political Hardcore/Punk DUM DUM TAK menghiasi kulit hadapan dan sekaligus sebuah wawancara eksklusif bersama band ini yang sudah 10 tahun berjuang menerusi muzik mereka. Turut terkandung temubual-temubual informatif bersama SIDEKICK (oleh Trashnoiser), DISM, EPIDURÄL, BADASS FARMER, CASHAFT, FINAL RUN, TERDERITHA, BODYBAGS, HACKTICK! (oleh XjujuX) dan COUNTERBACK.


BANGKIT! #12
Penjana Straight-Edge Hardcore NOSTALGIA dibawakan eksklusif dalam isu ke-duabelas ini. Band ini telah 20 tahun wujud dan mereka kembali dengan EP baru “Selagi Daya” selepas beberapa tahun hibernasi. Diskusi bersama Nostalgia dikendalikan oleh XjujuX. Selain itu, turut dimuatkan interbiu bersama CRONOSSES, CHECK YOUR HEAD, FAUSSE HUMANITÉ, THISFUCKER, THE KAIOWAS (oleh Trashnoiser) dan SAWTORTURE. “Selagi daya, terus percaya apa yang diperjuangkan. Kau redah, biar rebah! Jangan kenal erti lelah.”


Edisi Berkembar Bangkit! #11 / Bangkit! #12 secara keseluruhannya ditulis dalam Bahasa Melayu (kecuali interbiu bersama The Kaiowas), berjumlah 72 mukasurat secara kumulatif, zine bersaiz A5 serta kulit luar dicetak atas kertas glossy art paper. Zines Not Dead! Up The Punx!

Harga: RM10 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar flexi-r
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

Hubungi Editor (Pyan Nathias):
facebook.com/piankvlt
instagram.com/pyannathias
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570

Rabu, 15 Januari 2020

Bakal Terbit: Edisi Berkembar Bangkit! #11 / Bangkit! #12


Ianya bukanlah asing. Ianya pernah dilakukan oleh beberapa zine lain sebelum ini. BANGKIT! FANZINE bakal kembali dengan cara yang serupa sepertimana yang pernah mereka lakukan. Ianya sebuah EDISI BERKEMBAR. Bangkit! #11 dan Bangkit! #12 akan diterbitkan secara “split issue” (nantikannya!) menampilkan Dum Dum Tak, Sidekick, DISM, Epiduräl, Badass Farmer, Cashaft, Final Run, Terderitha, Bodybags, Hacktick!, Counterback, Nostalgia, Cronosses,Check Your Head, Fausse Humanité, Thisfucker, The Kaiowas, Sawtorture dan sebagainya. Lebih padat! Lebih jimat! Lebih tebal! Puashati...

Sedikit Perkongsian
Edisi Berkembar BANGKIT! #11 / BANGKIT! #12 akan kelihatan seperti gambar-gambar contoh di bawah, masing-masing menampilkan Temubual Eksklusif bersama DUM DUM TAK dan NOSTALGIA. Baca sepenuhnya nanti dalam “split issue” Bangkit! Fanzine isu #11 / #12. 


Ikuti kemaskini di:

Jumaat, 10 Januari 2020

Merchandise | HOODIE BANGKIT!


HOODIE: THINK FOR YOURSELF

Pembikinan Hoodie ini bukanlah untuk tujuan komersil. Ianya diadakan untuk kegunaan peribadi sahaja dan untuk makluman, besar kemungkinan hanya ada 2 helai yang ujud di atas mukabumi ini, hehe! Nak maklum lagi, hoodie ni sebenarnya hadiah / pemberian dari seorang “peminat” Bangkit! Fanzine. Maaf tak dapat nak beritahu siapa gerangannya orang itu sebab dah diminta supaya tidak dihebahkan. So, kalau kauorang jumpa kat mana-mana seseorang pakai hoodie yang macam ni (selain dari aku), sah lagi sahih itulah orangnya, hahaha! Cukup aku bagitahu dia perempuan... fuh! “peminat perempuan” tu... misteri kan?. Secara fizikal, hoodie ini yang jenis Pullover (yang takde zip kat depan tu) dan cetakan tak silap aku kaedah Heat Press Printing. Selain daripada logo BANGKIT!, artwork yang dicetak dipetik dari artwork yang aku guna pada front-cover Bangkit! isu #6.5 (keluaran khas KL Zine Festival 2017. Artwork tersebut berjudul “Think For Yourself” karya Thẹ Mamink. Status: Not For Sale!