Sabtu, 18 Januari 2020

BANGKIT! FANZINE – Isu #11 / Isu #12


Diterbitkan secara rasmi pada 18 Januari 2020. Edisi Berkembar BANGKIT! FANZINE isu #11 / isu #12. Setelah lebih setahun beristirehat panjang, Bangkit! Fanzine kembali menerusi penerbitan berformatkan split-issue (dua isu digabungkan dalam satu). Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan masalah keterbengkalaian kerja dan penangguhan yang berlarutan dan tidak mahu membiarkan bahan-bahan penulisan yang telah disediakan semakin ‘membasi’ (meskipun hakikatnya sebuah zine DIY/underground tidak pernah ada tarikh luput). Edisi Berkembar ini menyatukan Bangkit! #11 dan Bangkit! #12.

BANGKIT! #11
Sedekad Pelempanng Hardcore Punk! Unit Political Hardcore/Punk DUM DUM TAK menghiasi kulit hadapan dan sekaligus sebuah wawancara eksklusif bersama band ini yang sudah 10 tahun berjuang menerusi muzik mereka. Turut terkandung temubual-temubual informatif bersama SIDEKICK (oleh Trashnoiser), DISM, EPIDURÄL, BADASS FARMER, CASHAFT, FINAL RUN, TERDERITHA, BODYBAGS, HACKTICK! (oleh XjujuX) dan COUNTERBACK.


BANGKIT! #12
Penjana Straight-Edge Hardcore NOSTALGIA dibawakan eksklusif dalam isu ke-duabelas ini. Band ini telah 20 tahun wujud dan mereka kembali dengan EP baru “Selagi Daya” selepas beberapa tahun hibernasi. Diskusi bersama Nostalgia dikendalikan oleh XjujuX. Selain itu, turut dimuatkan interbiu bersama CRONOSSES, CHECK YOUR HEAD, FAUSSE HUMANITÉ, THISFUCKER, THE KAIOWAS (oleh Trashnoiser) dan SAWTORTURE. “Selagi daya, terus percaya apa yang diperjuangkan. Kau redah, biar rebah! Jangan kenal erti lelah.”


Edisi Berkembar Bangkit! #11 / Bangkit! #12 secara keseluruhannya ditulis dalam Bahasa Melayu (kecuali interbiu bersama The Kaiowas), berjumlah 72 mukasurat secara kumulatif, zine bersaiz A5 serta kulit luar dicetak atas kertas glossy art paper. Zines Not Dead! Up The Punx!

Harga: RM10 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar flexi-r
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

Hubungi Editor (Pyan Nathias):
facebook.com/piankvlt
instagram.com/pyannathias
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570

Tiada ulasan:

Catat Ulasan