Khamis, 25 Jun 2020

Eksklusif / Terhad | EDISI PROMO JUN 2020


BANGKIT! – Edisi Promo Jun 2020
Kod Terbitan: BET006

BANGKIT! : EDISI PROMO JUN 2020 adalah sebuah isu istimewa yang hanyalah melibatkan sejumlah 16 halaman mukasurat (termasuk kulit luar), diterbit-dan-edarkan bersempena hari ke-seratus Perintah Kawalan Pergerakan, 25 Jun 2020. 

Edisi ini bertujuan untuk promosi beberapa isu/zine akan datang terutamanya Bangkit! #13 dan Distorsi Ekstrim #1. Pengisiannya mengetengahkan temubual bersama CAFERGOT, DOSA, PARALYZED dan AGENT SUNDAL. Selain itu turut memuatkan catatan berkenaan SYNDROME (Malaysia Street Music Fanzine), laporan akhbar mengenai band SUBCULTURE, komik sehalaman berjudul ‘Last Song’, editorial, informasi dan sebagainya. 


Pengedaran: 
► PERCUMA menerusi sebaran ditangan
► atau RM2 melalui khidmat pengeposan

Sekiranya berminat untuk mendapatkan sesalinan Edisi Promo Jun 2020 ini, silalah hantarkan mesej di facebook.com/bangkitzine atau whatsapp ke talian 019-2597570 (Pyan Nathias). #PKPhari100 #kitajagakita #normabaharu #staysafe #kekangpandemikcovid19