Rabu, 25 Mei 2016

Rebiu | BELACAK – Lawan Tetap Lawan


BELACAK – Lawan Tetap Lawan
Submarine Stone Entertainment
Belacak bukan satu nama baru dalam scene tempatan. Kumpulan Punk asal Bentong, Pahang ini sudah ujud sejak tahun 1994 lagi. Mereka telah lalui zaman suka-duka jatuh-bangun dalam bermuzik. Sekian lama menghilang, Belacak dibentuk semula dan merilis EP “Lawan Tetap Lawan” sekitar tahun 2014 di mana line-up semasa rakaman terdiri daripada May (vokal), Shadiq (gitar pertama), Nawwar (gitar kedua) Bikbok (bass) dan Noor (dram). Materialisasi “Lawan Tetap Lawan” seakan-akan meraikan ulangtahun ke-20 eksistensi Belacak. Difahamkan 7 buah lagu dalam EP ini adalah gabungan gubahan lama dan ciptaan baru dirakam secara profesional. Memang kualiti bunyi yang dapat dihasilkan begitu baik. Kesemua lagu sedap dilayan, cukup perisa irama Punk Rock-nya, kedengaran garang dan penuh keberangan, sesekali catchy dan bermelodi. Belacak turut menyulam elemen-elemen street rock dan oi! dalam penulisan lagu-lagu mereka. Cukup berbaloi kepulangan Belacak ke dalam scene dan harapnya mereka terus berkarya. Rebiu ini diakhiri dengan kata-kata keramat dipetik dari sebuah lagu dalam EP ini: Lagi Ditekan. Lagi Kami Lawan!.
facebook.com/belacak94