Ahad, 22 Mei 2016

Rebiu | HVTAM – Isu #2


HVTAM – Isu #2
40ms / A5 / Bahasa Melayu
Semangat Encik Jep selaku editor HVTAM [aku sendiri tak tahu apa maksud di sebalik nama zine ni] rupanya tak pudar, malah kian menyala dan membakar! HVTAM dikembalikan untuk isu kedua yang dicatat terbit pada Mei 2016, kira-kira setahun selepas yang pertama diriliskan. HVTAM #2 menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat positif, perubahan mendadak dan satu bentuk kemajuan yang aku perlu bagi tabik hormat. Isu kali ini jauh lebih baik dan menimbulkan satu perasaan yang berbeza apabila menyelak dan mentelaah setiap helaian dan paparan zine ini. Paling menarik, isu baru ini menampilkan beberapa temuramah; bersama Cendol’s Dead, Hellexist, Klabu Asap dan sebuah label iaitu Zuath Generation Distro. Konsep temuramahnya difokuskan kepada 5 soalan setiap band / label yang ditemuramah tetapi setiap soalan dikembangkan kepada beberapa pertanyaan juga. Seksyen rebiu (muzik dan bahan bacaan) juga semakin dewasa di mana lebih banyak stuff diberikan kupasan. Gaya ulasan juga dilihat semakin bagus berbanding dahulu. Beberapa artikel dan laporan bergambar sebuah gig turut dijadikan pengisian isu kali ini. Berkat kesungguhan dan keinginan berterusan Jep dalam menghasilkan HVTAM membuatkan aku percaya zine asal Ipoh, Perak ini akan lebih matang di masa-masa hadapan. Cuma kiranya boleh diperkecilkan sedikit saiz font agar lebih banyak bahan dapat dimuatkan dan dimampatkan. Hubungi j3pham@yahoo.com atau facebook.com/misterjep.