Sabtu, 9 Januari 2016

Rebiu | The Pilgrims – Achtung! Riders


The Pilgrims – Achtung! Riders
Album ini adalah sebuah pengembaraan. Ibarat satu kembara bermotosikal yang jauh perjalanannya, banyak persinggahannya. Setiap destinasi anda temui pelbagai rupa landskap dan kehidupan. Begitulah album ini, sebuah kembara seni; di dalamnya anda temui thrash, heavy metal, rock n' roll, punk, hardcore.. apa sahaja yang mahu anda tafsirkan. “Achtung! Riders” telah melangkau jauh dari persepsi ramai bahawa mereka adalah punk rock sejati. The Pilgrims, melalui album penuh 8 buah lagu ini, cukup jelas menyatakan bahawa dalam berkarya mereka tidak mahu disekat apatah lagi terikat pada satu titik henti sahaja, sedangkan di luar sana terlalu banyak lokasi untuk diterokai dan dinikmati, untuk dialami dan dipelajari, untuk lebih berkembang dan mencapai matang! Cubalah “Achtung! Riders”, anda pasti terasa “bebas” dalam satu jelajah penghijrahan bersama The Pilgrims.