Rabu, 13 Januari 2016

Rebiu | Lahabau – Isu #2


Lahabau – Isu #2
Edisi ke-2 Lahabau rilis pada Oktober 2014. Naskah setebal 60 mukasurat bersaiz A5 ini mungkin secara purata boleh dianggap fokus kepada muzik Grunge. Band-band yang ditemuramah seperti Nepotist, Tinklemaybox, Fall Asleep dan Maenekins adalah dari jenisan Grunge. Penulisan artikel “Revolusi Muzik Grunge” menguatkan lagi tanggapan saya. Pun demikian, editor Lahabau iaitu Pisunx turut menyokong muzik-muzik lain di mana ditampilkan Tarantulah (metalpunk), Disrotten (d-beat crust) dan The Liberals (hardcore punk) dalam slot interbiu beliau. Penulisan seperti “Ideologi Yang Membinasakan”, “Punk Punk Punk” dan “Cinggey Oh Cinggey” sangat menarik di mana luahan pendapat Pisunx cukup baik untuk kita pembaca fikirkan bersama. Terdapat juga ruangan band reviews dan senikata lagu. Dedikasi si editor dalam menerbitkan fanzine ini amat terpuji. Pembikinannya 100% DIY, berkonsepkan cut & paste dan hasilnya fanzine ini kelihatan begitu old-school!! Tidak semua orang mampu melakukannya dan hanya sebilangan kecil yang dapat hasilkannya dengan baik. Lahabau salah-satu darinya. Tahniah!