Sabtu, 9 Januari 2016

Rebiu | Mosh Zine – Isu #17


Mosh Zine – Isu #17
Mosh itu fanzine yang cukup berpengaruh dalam scene punk/hardcore/indie masakini. Ia bermula sejak 1999 lagi dan kini mencapai isu ke-17. Tabik hormat buat editor-nya Ahmad Nizamuddin Abdullah a.k.a Nizang atas titik-peluh dan airmatanya dalam menghasilkan Mosh. Fanzine ini telah ber-evolusi, bukan semata-mata muzik. Tujuh belas cerita pendek & sederhana panjang kisah peribadi & realiti hidup di persekitaran beliau diabadikan dalam ruangan “Madu & Racun”. Ia pengalaman yang dikongsi dan bisa jadi panduan kepada pembaca. Penulisan sumbangan penulis luar turut menarik perhatian. Sejumlah 26 halaman Syahmi Msaa menulis perjalanan & pembabitannya dalam Kuala Lumpur Zine Fest 2014, sedikitpun tidak membosankan. Artikel seperti “Sejarah Malaysia Berat Sebelah?” (Daniyal Kadir) dan “Filem dan Islam” (Kudin) juga terbaik dan berisi. Fanzine tanpa interbiu & rebiu ibarat makan lauk sahaja, nasi tiada. Interbiu bersama Khottal, Con-Damn The Corruptor dan Noisemonger Records, contohnya, menyeronokkan untuk dibaca, santai, tanpa tekanan dan pentingnya informatif. Rebiu di ruangan “butthurt” kekal ‘relaks’, pengulasan dalam gaya dan cara Mosh zine. Tahniah Nizang. Mosh terus ber-evolusi. Kini, di isu #17 setebal 100 mukasurat ini, Mosh bukan sahaja dicetak profesional sepenuhnya, malah sudah kelihatan seperti sebuah buku apabila binding teknik “perfect bound” digunapakai. Benar bagai dikata, Mosh peneraju pembikinan zine Punk/Hardcore Malaysia. Keep it up!