Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | JANITOR – Bilik Janitor


JANITOR – Bilik Janitor
Noisemongers Records / Exit Music
Tape ini telah dikeluarkan sekitar Oktober 2014. Ianya keluaran semula versi asal dalam bentuk CD oleh Kubikal Records rilis pada awal tahun tersebut. Jika Elmu Hisab dilihat sebagai generasi terkini membawakan irama punk pelik penuh eksperimentasi [mengikut definasi saya sendiri lah!], Janitor adalah generasi yang terlebih dahulu muncul dengan kelainan sebegitu. EP “Bilik Janitor” memuatkan 5 buah lagu berdurasi keseluruhan hampir 24 minit, dikategorikan sebagai Post-Punk / Noise Rock / No Wave. Lagu-lagu Janitor liriknya ditulis dan dinyanyikan dalam bahasa Melayu, mudah untuk difahami akan tetapi sebaliknya muzik mereka yang memerlukan pendengar duduk diam dan belajar untuk memahaminya. Muzik yang unik, memiliki kreativiti tinggi dan begitu banyak idea-idea inovatif. Ini rilisan lama yang mungkin sudah sukar untuk diperolehi format fizikalnya di pasaran, kalian boleh cuba dengar bunyi-bunyian sonik Janitor di laman bandcamp mereka. Pihak label ada mengatakan yang ini adalah untuk mereka yang meminati band-band seperti Sonic Youth, Big Black, James Chance and the Contortions dan Fugazi. Dahsyat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan