Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | DUCKHEAD – Always Late


DUCKHEAD – Always Late
Puckish Record / Nervhous Records
Band tiga beradik dari Sepang, Selangor ini dikatakan mengambil masa yang agak lama sebelum bersedia tampil lebih matang dan sempurna menerusi EP “Always Late” yang rilis pada pertengahan Januari 2018. CD tersebut memuatkan enam buah lagu berdurasi keseluruhan 18:23 minit; 4 lagu berbahasa Inggeris dan 2 lagu Melayu di mana salah-satu daripadanya adalah tribute ‘Aduh Sayang’, sebuah lagu klasik nyanyian asal seniman agung P.Ramlee. Di sudut muzik, Duckhead mempersembahkan Punk Rock yang begitu menghiburkan, enak didengar dan sudah tentu layan goyang badan. Mereka menyusun riff-riff catchy dan rancak serta bahagian-bahagian ‘relaks’ dengan baik bagi menghasilkan flow yang menarik dalam setiap lagu. Kaya juga dengan komposisi melodik yang cantik, diperkasa pula dengan hentakan dan hentaman padu dari ketukan dram. Duckhead yang dianggotai oleh Idris Rabi (dram), Talhah Rabi (gitar/vokal) dan Zaid Rabi (bass/ vokal) semakin laju, lebih kencang dan cukup keras dalam dua lagu terakhir dalam EP ini. Dapatkanlah EP “Always Late”, ia berbaloi jika kalian mahukan Punk Rock tempatan yang sedap dan mantap dalam aspek kualiti muzik dan produksi bunyi. Whatsapp 0193891649 (Idris) atau 0179639316 (Nizang) segera, jangan lambat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan