Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | STREET YOUNGSTERS / DISOBEY – Split


STREET YOUNGSTERS / DISOBEY – Split
Independen
Dua band dari kelompok Darul Naim Squad bergabung menghasilkan satu rilisan Split CD-R, judulnya agak panjang – “This Shit Is Two Ways Split Demo (Live Recording), Don't Like It? We Don't Fucking Care!”. Street Youngsters menampilkan 4 buah lagu manakala Disobey pula hanya dengan 2 lagu. Lagu-lagu Street Youngsters iaitu Hidup Ini, Oppression, Forever Oi!, dan We’re The Street Youngsters berada dalam nuansa Street Rock / Oi! dipengaruhi irama British Oi! dan gelombang Punk 70an/80an. Boleh tahan menangkap juga riff-riff gubahan mereka, sememangnya rocking dengan disulami bahagian-bahagian harmoni yang lazat dan solo-solo menyengat. Penggemar band-band seperti A.C.A.B, The 4-Skins, The Business dan seumpamanya pasti akan menyukai band Street Youngsters ini. Disobey pula band yang dilihat agak tersekat pergerakan mereka, mungkin masalah line-up. Dua lagu yang diketengahkan iaitu Disobey dan Media telah diperdengarkan semenjak Bangkit! menemubual mereka dalam isu #1 (Mei 2016) cuma tidak dikeluarkan secara proper dalam format fizikal. Kategori muzik kencang dan garang Disobey menjurus ke arah Chaos / Street Punk, di bawah inspirasi band seperti The Bollocks, The Exploited dan The Casualties. Meskipun dirakam ‘live’, lagu-lagu masih kedengaran baik namun agak malang bakat mereka tak dapat diperkembangkan. Dengar khabar dah bertukar nama kepada Dispatuh. Split CD-R pada tempoh-main keseluruhan 20:57 minit ini perlu anda perolehi andai ingin meneroka sesuatu dari skena Kota Bharu, Kelantan. Layan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan