Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | XRDM – Fashkodato!


XRDM – Fashkodato!
Exit Music / Kusottare Records
Unit Fastcore kelahiran Kota Kinabalu ini kian mengutip pengalaman dalam kariernya, semakin lebih matang dalam berkarya. XRDM dalam “Fashkodato!” benar-benar menakjubkan dan saya kira setiap pendengar akan terpaku kagum dengan kekuatan dan kepadatan muzik yang mereka persembahkan. Tape ini hanyalah sekitar 6 minit setengah; terdiri daripada 8 lagu yang setiapnya ringkas, singkat, deras dan mampat! Seakan tiada kompromi untuk ruang rehat dan bernafas! Muzik XRDM boleh saya anggap satu hibrid di antara hardcore punk berkelajuan tinggi dan grind/power-violence yang membelasah. Nuansanya begitu menghentam dan penuh kemeradangan! Diterajui vokalis wanita, jeritan dan pekikan NZT cukup nyaring dan penuh amukan, diselangi / dilatari jerkahan garang suara lelaki anggota-anggota lain XRDM yang turut dibarisi Qassim (dram), Adam (bass), Rahman (gitar) dan Memel (gitar). Tiada langsung sebarang pertikaian kerana saya hanya ada satu saranan mutlak, tape “Fashkodato!” dari XRDM ini adalah “mesti-milik”, muktamad!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan