Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | TAHI SUCI – Saya Yang Enggan Menurut Perintah


TAHI SUCI – Saya Yang Enggan Menurut Perintah
Metuk Ulau Underground Voices
Dari penelitian saya, Tahi Suci menerusi EP “Saya Yang Enggan Menurut Perintah” sedikit sebanyak mula meninggalkan sisi ‘eksperimental’ sepertimana aplikasi mereka dalam demo “Grinding Syiah Bastards”, dan bergerak ke arah (kembali kepada) Grindcore tulen bahkan lebih berat serta jahat justeru adanya suntikan elemen deathmetal. Kualiti rakaman dan produksi bunyi dalam rilisan terbaharu ini juga jauh lebih baik, lebih terurus malahan musicianship band yang dilihat semakin matang. Saya sebenarnya suka dengan percubaan-percubaan yang diterapkan dalam demo terdahulu tetapi jujur, saya lebih suka dengan pendekatan terkini Tahi Suci dalam EP ini yang kedengaran ampuh dan membunuh! Apapun, Tahi Suci tetap kekal Tahi Suci pada keunikan judul-judul lagu serta tema dan mesej dalam lirik-lirik tulisan mereka. Cuma untuk EP ini, saya awalnya agak kurang puashati kerana ia mengisar lumat dalam tempoh masa yang terlalu singkat. Tamat sepusingannya begitu cepat! Bagaikan ereksi mencapai klimaks sebelum waktunya! Tidak mengapa. “Saya Yang Enggan Menurut Perintah” ini ironiknya rilis kira-kira dua bulan sebelum tumpasnya Tirani Jibraun. Di situlah nilai “berbaloi”nya CD ini. Biar ia terus berputar lagi, mengiringi pula Altantuya kembali, bangkit menghantui!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan