Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | NATIONAL NEXT – Mati Mencuba


NATIONAL NEXT – Mati Mencuba
Next Records
Mengikut catatan pada helaian lirik/info yang disertakan, “Mati Mencuba” adalah koleksi 8 buah lagu yang pernah dirakam National Next semenjak mereka bermula. Ditubuhkan sekitar tahun 2010 di Batu Pahat, band yang terdiri daripada Nor Azizan (gitar/vokal), Mohd Taufiq (gitar/vokal), Idzlan Zainal (bass) dan Amirul Azly (dram) ini memutuskan untuk merilis himpunan lagu-lagu tersebut sebagai debut full-length mereka pada awal Januari 2018 yang lalu. CD keluaran label sendiri (Next Records) yang berdurasi keseluruhan 19 minit ini satu inisiatif DIY yang terpuji, di samping mendapat bantuan / sumbangan rakan mereka yang dikenali dengan nama The Rizal Defense. National Next memainkan genre muzik yang boleh saya kategorikan sebagai Posk-Punk / Post-Hardcore. Komposisi lagu-lagunya mantap, guitarworks yang banyak idea; riff-riff teknikal dan bereksperimentasi dengan sound. Tenaga tambahan juga datang dari hentakan-hentakan dram serta mainan bass yang padu dan menonjol. Saya turut tertarik dengan tone vokal dan nyanyian yang beremosi seiring muzik yang dimainkan. Kerja-kerja rakaman telah dilangsungkan di Studio 46, Pasir Gudang di bawah kejuruteraan Mohd Fauzi manakala mixing dan mastering oleh Nazreen Abdullasim, individu-individu yang telah pun dikenali ramai menerusi Plague Of Happiness, Damokis, Narsamum dan sebagainya. Keterlibatan mereka yang berpengalaman ini cukup memberi impak terhadap kualiti bunyi rakaman dalam “Mati Mencuba”, sungguh cemerlang! Andaikata kalian meminati band-band seumpama Quicksand, At The Drive In atau Refused, kalian boleh cuba dengar juga band National Next ini. Ianya menjanjikan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan