Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | ELMU HISAB – Ademonstration


ELMU HISAB – Ademonstration
Menora Recordings
Wah! Ini band yang kedengaran “lain macam” genera dan nuansanya! Namanya pun pelik, Elmu Hisab. Muziknya gila, kreatif dan sangat unik. Asas dan akarumbinya Punk, atau Post-Punk mungkin terma yang lebih tepat, dengan besarnya elemen Experimental dan Noise. Hmm.. Space Rock pun juga rasanya. Keseluruhan 6 lagu merangkumi jumlah durasi 40:36 minit dalam rilisan (demo?) tape berjudul “Ademonstration” memang betul-betul menarik, saya “terpaksa” mem-fokus-kan telinga untuk mendengar dengan lebih teliti, menghayati setiap perinci lagu-lagu ini dipersembahkan. Komposisi muzik dan susunan lagu-lagunya sebahagian besarnya (lebih baik saya katakan hampir keseluruhannya) kedengaran kompleks, dengan tone gitar yang bising, kuat dan kasar. Tidak, saya tidak maksudkan lagu-lagu Elmu Hisab ini bingit semata-mata, setiap lagu seperti ada penceritaannya tersendiri, detik-detik bising tiba-tiba berubah “tenang”, gloomy dan kelam, kemudiannya bertukar keras atau apa sahaja bunyian. Ya, pelbagai struktur dan tekstur bunyian boleh terdengar dalam sesebuah lagu. Lagu-lagu ciptaan Elmu Hisab ini secara puratanya agak panjang, di mana The Tidehunter yang paling panjang (11:09 minit), dan yang paling “menghanyutkan” perasaan, hehe! Tak banyak maklumat tentang Elmu Hisab yang diletakkan dalam sampul kaset, yang terlalu simple rekabentuknya. Jangan tanya saya apa pengaruh muzik band ini atau band-band lain yang boleh disamakan dengan mereka, saya memang tak tahu. Cuma yang pasti saya terpaku “hipnotis” sepanjang-panjang kaset ini dimainkan. Dapatkan kaset ini jika kalian mahukan sesuatu yang berbeza dari scene tempatan. Ianya begitu hebat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan