Isnin, 27 Mac 2017

Rebiu | TRYPOPHOBIA – Isu #2


TRYPOPHOBIA – Isu #2
68ms / A5 / Dwi Bahasa
Trypophobia Zine dikendalikan oleh dua editor; seorang daripadanya tidak mahu dikenali (anonymous) dan yang kedua menggunakan nama pena Ribut Cicak. Isu #2 Trypophobia saya perolehi semasa acara Kuala Lumpur Zine Fest, 8 Oktober 2016 di mana difahamkan zine ini rilis / diedar secara rasmi pada tarikh tersebut. Ianya sebuah zine yang begitu “punk” dalam konteks pengisian dan juga fizikal (maksud saya berkenaan reka bentuk dan susun atur). Satu slot temuramah bersama SESAK!! [sebuah komuniti political street art] dan 3 mukasurat ruangan ulasan muzik & zine kelihatan seperti hanyalah bahan sampingan kepada zine ini yang keseluruhan besarnya memuatkan penulisan-penulisan berbentuk artikel, rencana-rencana yang agak panjang (dengan isi-isi yang baik), beberapa short stories serta personal notes yang kebanyakannya menjurus kepada pemikiran punk dan konsep perlawanan (anti-sistem). Antara artikel yang bagus dan menarik perhatian saya adalah Najib: He’s the Villain that Punks deserves, Anarkisme: Relevan atau tidak.., Dissection on Taqwacore, Peranan Punk Dalam Masyarakat, Zine Punk Dah Mati, To be or not to be punk, dan begitu banyak lagi penulisan / rencana lain yang bersifat penentangan politik, kritikan sosial, bahasan /  kupasan terhadap realiti semasa. Turut diselit laporan penulis untuk KLZF 2015 dan komen pihak zine ini terhadap filem Mat Moto (arahan Pekin Ibrahim). Saya tiada apa lagi yang hendak diperkatakan. Saya sukakan banyak perkara yang ada pada zine ini. Saya harap saya masih ada peluang untuk mendapatkan isu #1 yang terdahulu dan juga mahu editor-editor Trypophobia terus bekerja untuk kembali dengan isu ketiga. Hubungi offisialmy@gmail.com atau oliverdabit666@gmail.com.

1 ulasan:

  1. dalam konteks penulisan isu pertama agak (memang) taik. kami masih baru dan ambil masa tak sampai dalam dua bulan buat zine tu (yang mana kebanyakannya dihabiskan dengan experimentation with graphic). we really did make the zine from scratch without knowing anything when we start this. menulis adalah sampingan je bagi kitorang dalam isu pertama sebab tu malu nak reprint balik. pedulikan yang lepas, kita tunggu yang hadapan..

    BalasPadam