Khamis, 26 Oktober 2017

Rebiu | HERMYTH – Isu #8


HERMYTH – Isu #8
56ms / A5 / Dwi Bahasa
Hermyth Zine kembali lagi! Isu ke-8 kali ini dengan kulit kertas kuning. Penambahan ketara kuantiti interbiu berbanding isu #7 yang cuma 5 interbiu. Hermyth #8 menampilkan 8 buah temubual; Lavatory (Death Metal dari Kuala Lumpur), Hellishlinthar (Black/Dark Metal dari Muar), Sial (depressive/ambient Black Metal dari Petaling Jaya, jangan terkeliru dengan band hardcore/punk bernama sama dari Singapura), Tanak Bihis (Depressive Suicidal Black Metal dari Sarawak), Herida Profunda (Hardcore Crust/Metalpunk dari Poland/UK), Vrykolakas (Death Metal dari Singapura), Flaying The Flesh (brutal Death Metal dari Johor Bahru) dan Mortuary Ancestor (occult Death Metal dari Sabah). Boleh dikatakan interbiu-interbiu yang menarik dalam isu ini, soalan-soalan yang kian membina disediakan M.Azman (editor). Ruangan “forum” yang menjadi identiti zine Hermyth kali ini membincangkan 4 perkara; trend pengeluaran vinyl, gejala rip-off, budaya bootleg & rilisan semula, serta 10 album yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang (responden forum). Bahagian rebiu juga agak masif kali ini, meskipun agak sederhana / mudah ulasannya namun dilihat jujur dari sudut pandangan editor zine ini. Pada keseluruhannya, hasilkerja yang sangat menarik dan terbaik dijayakan Azman dalam pembikinan Hermyth #8. Kreativiti “kerat-dan-lekat” kelihatan lebih terancang, tersusun, kemas dan padat. Jika kalian pernah kecewa dengan isu-isu terdahulu Hermyth, usah khuatir untuk mendapatkan yang terbaharu ini kerana fanzine berpengkalan di bandaraya bersejarah Melaka ini sudah jauh lebih dewasa. Hubungi: 0172796369 | Nota: Saya turut menyumbangkan 3 interbiu dalam isu ini iaitu Sial, Vrykolakas dan Herida Profunda.  Segeralah dapatkannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan