Jumaat, 10 November 2017

Rebiu | V/A – CROSSING OCEANS…UNITING ASIA


V/A – CROSSING OCEANS…UNITING ASIA
Embrace Records / Youth Crime Recordings / Tajam Records / Breve Clothing 
Ini sebuah CD kompilasi yang cukup besar makna dan pengertiannya kepada scene muzik DIY benua Asia. Satu inisiatif yang sangat-sangat baik dalam mempromosi band-band Asia ke seluruh pelusuk dunia, selain satu tindakan solidariti untuk Embrace Hall dan Soundmaker Studio yang merupakan antara venue punk/DIY di negara kita ini. “Crossing Oceans…Uniting Asia” menghimpunkan kesemuanya 9 buah band, sejumlah 33 lagu merangkumi lebihkurang 1 jam 16 minit durasi keseluruhan. Ini CD yang berbaloi dan cukup puashati untuk dinikmati. Apatah lagi mengetengahkan kepelbagaian genre muzik DIY antaranya hardcore, thrash, metalcore, poppunk, youthcrew, indie-emo, powerviolence, psych-metal dan bermacam lagi. Band-band yang ditampilkan adalah King Ly Chee (Hong Kong), The Seeker (Filipina), Deadpan (Taiwan), Hope For Fiasco (Filipina), Take Kontrol (Indonesia), Little Whales (India), Sawtorture (Sarawak, Malaysia), Gerbang Singa (Indonesia) dan White Crow (Pulau Pinang, Nalaysia). Antara band yang mencuri perhatian saya sudah tentulah Hope For Fiasco kerana anggotanya terdiri daripada gadis-gadis muda cantik manis, hehe, tapi jangan risau kerana lagu-lagu poppunk mainan mereka sememangnya menarik. Dua band tempatan, Sawtorture (metallic Hardcore) dan White Crow (psychedelic Metal) juga mengejutkan kerana mereka berkualiti dan saya sendiri tidak pernah tahu keujudan mereka sebelum ini. Terima kasih kepada kompilasi ini yang memberi peluang pendengar mengenali banyak band yang tidak diketahui sebelumnya. Band-band lain seperti King Ly Chee [ini padu!, dan merekalah di sebalik portal UniteAsia.org], Take Kontrol, Little Whales kesemuanya hebat-hebat belaka di dalam profil muzik masing-masing. Saya sangat sukakan kualiti 44-mukasurat booklet yang disertakan. Ia diperbuat dengan serius. Padat dan sarat dengan informasi, artikel, lirik, foto dan yang menariknya, beberapa band turut ditemubual. Sangat-sangat informatif dan impresif booklet ini. Kompilasi ini perlu berada di dalam senarai hakmilik anda. Segera dapatkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan