Memaparkan catatan dengan label Acid Rain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acid Rain. Papar semua catatan

Isnin, 12 Mac 2018

Rebiu | ACID RAIN – Headache


ACID RAIN – Headache
Wanted Records
“Headache” EP 2016 adalah sebuah rilisan yang tertunda dari Acid Rain, di mana hanya dapat dikeluar-dan-edarkan sekitar Julai 2017. Segala kisah dan penceritaan di sebalik sessi rakaman serta informasi kandungan lagu-lagu yang dimuatkan dalam EP ini dicatat dengan teliti, lengkap dan jelas dalam risalah bersaiz A5 percuma “Surat Layang” 8-mukasurat [Nota: Kalian juga boleh mendapat penerangan selanjutnya melalui interbiu bersama Acid Rain dalam Bangkit! #7]. “Headache” tanpa sebarang keraguan merupakan sebuah lagi pakej rilisan yang menarik keluaran band otai dari Pulau-Pinang ini. Menjalani proses rakaman di Dusthall Studio pada 26 Jun 2016, EP ini mempertaruhkan 5 buah lagu; Chaos May 13th (rakaman semula 2016 dengan sedikit pengubahsuaian berbanding komposisi asal 1996, segar dan mantap!), Headache (rakaman baru lagu yang dicipta untuk EP Attack (2000) yang dibatalkan), Punk Invasion (boleh dikatakan lagu gubahan terbaharu Acid Rain sekitar 2015/2016 dan diperkenalkan dalam rilisan Punx Invasion: Europe Tour 2017), No Way Out (lagu baru bertemakan akibat penyalahgunaan dadah yang mana turut menampilkan sumbangan suara Jack Nicholson, sedikit lebih keras seperti The Exploited bertemu Slayer), dan lagu terakhir Boria Again (juga rakaman baru lagu yang dicipta untuk EP Attack (2000) yang dibatalkan). Meskipun Boria Again dikatakan bukan percubaan untuk meraih semula populariti lagu Boria Punk Rock Pulau Pinang, menurut pendapat saya secara peribadi, ianya memperkukuhkan lagi ‘trademark’ Acid Rain itu sendiri, sesuatu yang hanya ada dalam band ini. Sebagaimana biasa, Acid Rain dalam EP ini kekal setia dengan kehuru-haraan punk UK82 seperti The Exploited, GBH, Chaos UK, Discharge dan seumpamanya dengan sedikit percubaan mempelbagaikan variasi susunan dalam komposisi lagu. Namun, keseluruhannya ia tidaklah mengubah identiti dan keserasian punk tegar Acid Rain seperti yang kita dengari dalam rilisan-rilisan terdahulu. Jitu dan senantiasa bersemangat! Sukacita ingin saya maklumkan, “Headache” terbaik dan satu kerugian jikalau kalian tidak mendengarnya serta tiada dalam simpanan kalian. Emel wantedrecpg@gmail.com jika anda mahu tahu status edarannya. Berikut serangkap petikan lirik dari lagu Headache: Stand up punks don’t be sacred. Got no gear we don’t care. It’s matter counts on your head. Hasta la vista and Punk’s Not Dead.

Rebiu | ACID RAIN – Punx Invasion (Europe Tour 2017)


ACID RAIN – Punx Invasion (Europe Tour 2017)
Independen
Bagi saya, apa sahaja produk yang dikeluarkan Acid Rain perlu segera jadi rebutan dan diperolehi. Produk-produk mereka sudah tentu mempunyai nilainya yang tersendiri memandangkan Acid Rain itu adalah sebahagian daripada sejarah penting scene Hardcore Punk tanahair. Cakera Padat “Punx Invasion (Europe Tour 2017)” boleh dikatakan satu rilisan yang eksklusif sifatnya, dan boleh menjadi satu rare item pada masa hadapan. Ianya dikeluarkan sekitar Mac 2017 lalu, istimewa sempena siri jelajah (kali kedua) Acid Rain ke beberapa destinasi di benua Eropah. Saya menganggapnya eksklusif dan istimewa kerana kandungannya yang berkemungkinan hanya terdapat di dalam CD ini sahaja. Terdapat 8 buah lagu dimuatkan, berdurasi keseluruhan 20:05 minit. Ianya seakan album kompilasi dengan gabungan lagu baru dan lama: Punk Invasion (diambil dari Headache EP yang belum lagi dipasarkan pada ketika itu), Propaganda (rakaman semula lagu asal dari Streetpunk Anthem EP yang mana turut disumbangkan dalam kompilasi Vinyl Passion Compilation 2017), Powertrip (rakaman vokal alternate di mana ianya berbeza dengan yang terdapat dalam split LP bersama No Fly Zone), Punk’s Not Junk dan Hipokrit (kedua-duanya diambil dari kompilasi Stand Strong and Proud), Utusan Malaysia, Coup D’Etat, serta Boria Punk Rock Pulau Pinang (ketiga-tiga lagu terakhir dalam CD ini merupakan versi rakaman live semasa Northern Bikers Show). Penyediaan CD dicetak profesional ini sudah pasti satu inisiatif yang baik dalam mengembangkan nama dan muzik Acid Rain di Eropah. Pakej yang turut dilengkapi pemberian (percuma) glossy sticker, tour patch, tour tag dan bio-sheet menjadikan “Punx Invasion (Europe Tour 2017)” sebuah rilisan yang sangat-sangat menarik. Cubalah emel acidrainpunk@gmail.com kalau-kalau anda masih ada peluang memilikinya. United Punx Fuck The Borders!

Selasa, 12 Januari 2016

Rebiu | Acid Rain – Coup D'Etat



Acid Rain – Coup D'Etat
Di sini mereka, kembali dari kemeriahan punk 90-an tempatan! Jika di N.Sembilan ada The Bollocks, di Pahang ada The Dirty Dogs, di Perak ada Karatz (sekadar menyebut beberapa nama), di Pulau Pinang inilah wakilnya – Acid Rain. "Coup D'Etat" adalah EP yang asalnya rilis sekitar 1998 kini dikeluarkan semula dalam format pro-duplicated CD + 8 mukasurat booklet di bawah produksi Wanted Records. Untuk kepuasan pendengar, lagu-lagu asal turut diadun semula & remastered. Dapatkan "Coup D'Etat" untuk citarasa punk rock yang keras, marah dan huru-hara! Acid Rain berikan yang terbaik untuk terjemahan sound awal Brit-Punk; maka di dalamnya terdengarlah The Exploited bertemu GBH bertemu Chaos UK dan seumpamanya! Acid Rain juga tidak lupa asal-usul mereka (jawabannya ada dalam EP ini). Boria Punk Rock Pulau Pinang tak akan mati!!
facebook.com/AcidRainPunk
facebook.com/WantedRecPg