Memaparkan catatan dengan label Bangkit! – Merchandise. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangkit! – Merchandise. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Januari 2021

Merchandise | BANGKIT! “Zine Not Dead” T-SHIRT


mempersembahkan:

BANGKIT! “Zine Not Dead” T-Shirt 2021

Harga (termasuk postage):
RM45 semenanjung // RM50 sabah/sarawak

- 4 warna pilihan; Merah / Kuning / Putih / Hitam
- T-shirt Tag: Orange Superior
- Kualiti Fabrik: 185gsm High Quality
- Cetakan: Silk Screen Printing / Plastisol Ink

Untuk pesanan dan bayaran;
Whatsapp: 0192597570 (Pyan)

Nyatakan maklumat pesanan;
nama:
alamat:
phone:
saiz:
warna:
kuantiti:

*Maklumkan jika order lebih dari sehelai, maximum order 3 helai/postage. Harga sehelai t-shirt RM35 + postage RM10 (semenanjung) / RM15 (sabah/sarawak).

Special Note: Bangkit! Fanzine mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Fadzee Tussock (artwork), Asharul Akhmal (idea & designing) dan M O Hazree dari NHSP (cetakan & pengeposan t-shirt).

Foto ehsan © Noisehouse Screen Printing, 2021

Jumaat, 10 Januari 2020

Merchandise | HOODIE BANGKIT!


HOODIE: THINK FOR YOURSELF

Pembikinan Hoodie ini bukanlah untuk tujuan komersil. Ianya diadakan untuk kegunaan peribadi sahaja dan untuk makluman, besar kemungkinan hanya ada 2 helai yang ujud di atas mukabumi ini, hehe! Nak maklum lagi, hoodie ni sebenarnya hadiah / pemberian dari seorang “peminat” Bangkit! Fanzine. Maaf tak dapat nak beritahu siapa gerangannya orang itu sebab dah diminta supaya tidak dihebahkan. So, kalau kauorang jumpa kat mana-mana seseorang pakai hoodie yang macam ni (selain dari aku), sah lagi sahih itulah orangnya, hahaha! Cukup aku bagitahu dia perempuan... fuh! “peminat perempuan” tu... misteri kan?. Secara fizikal, hoodie ini yang jenis Pullover (yang takde zip kat depan tu) dan cetakan tak silap aku kaedah Heat Press Printing. Selain daripada logo BANGKIT!, artwork yang dicetak dipetik dari artwork yang aku guna pada front-cover Bangkit! isu #6.5 (keluaran khas KL Zine Festival 2017. Artwork tersebut berjudul “Think For Yourself” karya Thẹ Mamink. Status: Not For Sale!

Rabu, 24 Januari 2018

Merchandise | KEYCHAIN BANGKIT!

KEYCHAIN: JOM BIKIN ZINE

Ok, sebelum aku terlupa, di sini aku nak arkibkan cerita mengenai Keychain Bangkit! Ini bolehlah dianggap merchandise pertama Bangkit! Fanzine. Benda ni tak dirancang pun. Aku sendiri belum pernah terfikir nak buat apa-apa merchandise bawah nama Bangkit! (rasa macam belum layak nak ada t-shirt, tote bag semua tu). Berbalik kisah pembikinan keychain ni, 20 unit keychain yang kiranya eksklusif ni disediakan oleh sahabat aku saudara Hanafi Shafie (Aku Napie) masa event Kuala Lumpur Zine Festival 2017 tempohari. Bila Napie offer nak tolong buatkan keychain untuk Bangkit! dan minta sediakan design 3cm x 3cm, aku rasa seronok gak lalu terus buat, hehe! Hasilnya macam gambar kat bawah ni la. Sebahagian aku edar percuma masa KLZF2017 haritu, sebahagian lagi aku beri percuma (melalui pos) pada penyokong setia Bangkit! Fanzine masa dorang order isu-isu baru. 20 unit jer, tak banyak so statusnya sekarang: OUT OF STOCK :(