Memaparkan catatan dengan label Bad Idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bad Idea. Papar semua catatan

Khamis, 13 Julai 2017

Rebiu | TXT / BAD IDEA – Rehearsal Split 2014


TXT / BAD IDEA – Rehearsal Split 2014
Independen
Terima kasih kepada Uda (vokalis Bad Idea) kerana memberi peluang kepada saya untuk mendengar rilisan split TxT / Bad Idea ini meskipun telah lebihkurang 3 tahun usia pengeluarannya. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedua-dua band ini berpengkalan di The Wall, Batu Pahat. TxT memulakan Rehearsal Split 2014 ini dengan 4 buah lagu; Destruction Instruction, Vote For Not Voting, Bullet For Every Rapitism dan Destroy Pyramid. Dianggotai oleh Noah (gitar), Zughi (bass), Juda (dram) dan Lama (vokal), mereka merakam material untuk split ini di Albert Hippie Studio, BP pada Jun 2014. Menariknya, setiap lagu TxT didahului dengan sampel ringkas sebagai intro dan muzik mereka hardcore punk memberangsangkan! Raw dan kedengaran ‘hidup’. Olahan riff dan susunan muzik yang cukup sempoi. Kredit untuk pembawaan vokal yang penuh emosi menjiwai bait-bait lirik yang dilontarkan. Bad Idea menyusul dengan irama old-school HC punk yang menumbuk tepat ke-muka; laju, kuat dan marah-marah! 5 buah lagu disediakan Bad Idea dalam split ini; Routine Existence, Unholy Monarchy, Bad Idea, Bad Attitude dan Dapat Tak?. Oh ya, cuma pada lagu bertajuk Bad Idea mereka memperlahan sedikit rentak dan saya terbayangkan riff-riff Nirvana Smells Like Teen Spirit. Dibarisi oleh Bulan (dram), Zuri (gitar), Kuper (bass) dan Uda(vokal), Bad Idea merekod di Meta4 Studio juga pada Jun 2014. Meskipun rakaman ‘live’, hasil bunyinya masih kedengaran bagus dan jelas. Bagi yang meminati nuansa Hardcore 80an pasti ini makanan kalian. Ini rilisan split yang mantap pada keseluruhannya. Kurang pasti samada cd-r Rehearsal Split 2014 berdurasi 20:22 minit ini masih boleh diperolehi atau sebaliknya, kalian boleh hubungi thewallbp@gmail.com untuk pengesahan. Helaian lirik/info turut disertakan. Menarik!

Rebiu | BAD IDEA – Buy Or Fuck Off!


BAD IDEA – Buy Or Fuck Off!
Dead Bir Records / Still Hardkore Distro / 321...Go! Distro
“Buy Or Fuck Off!” bukan satu rilisan picisan yang hanya untuk dipandang sepi dan dibiarkan berlalu pergi. Ini adalah khusus untuk anda yang meletakkan “punk” dalam jatidiri anda! Judul EP ini sahaja sudah penuh dengan pengertian jika anda bijak mentafsirnya. Ini Hardcore Punk yang benar-benar padu dalam pelbagai aspek diterjemahkan oleh Bad Idea, band asal Batu Pahat yang ditunjangi Kuper (bass), Bulan (dram), Zuri (gitar) dan Uda (vokal). EP “Buy Or Fuck Off!” merangkumi 7 buah lagu yang begitu cermat dan ketat olahannya. Durasi kaset ini sekitar 12 minit. Di sudut muzikal, Bad Idea mendera deria pendengaran anda dengan lagu-lagu yang hampir keseluruhannya pantas, keras dan kasar. Hidangan mereka kuat dengan aura punk rock & roll, adrenalin Hardcore 80-an serta tidak ketinggalan bunyian Hardcore era 90-an. Bagi yang menggemari Minor Threat, DS13, Sista Sekunden, Propagandhi dan seumpamanya pasti akan menikmati sajian Bad Idea ini. Rakaman telah dilangsungkan di Nyaring Studio dalam tempoh Disember 2015 hingga Mei 2016 di bawah kendalian Ajen dan Marzuki manakala proses mastering oleh Enal di Metaphor Studio. Kualiti bunyi yang begitu baik, “raw” yang menjadi, padat serta melekat. Bad Idea juga dilihat cemerlang dan teliti dalam penulisan lirik dan penyampaian mesej. Ianya berkaitan isu-isu dalaman scene, masalah sikap, etika punk dan seputarnya. Senikata-senikata seperti ini begitu menginspirasi andaikata anda pendengar benar-benar mengamati dan memahaminya. Bagi pemilik tape yang bernasib baik (sekiranya mendapatkan terus dari pihak band tidak silap saya), anda akan menerima helaian lampiran “Bad Thoughts #1” yang mengandungi pencerahan lengkap pengisian EP “Buy Or Fuck Off!” serta keterangan lebih jelas di sebalik lirik-lirik lagu Bad Idea ini. Saya perlu tegaskan bahawa ini sebuah rilisan yang mesti dimiliki. Biar saya akhiri ulasan ini dengan salah-satu rangkap dalam lagu berjudul ‘Stagnansi’ – Hidup zon selamat. Sampai kau berkulat. Suatu hari kau bosan. Benda sama kau telan. Hubungi thewallbp@gmail.com segera!

Sabtu, 21 Mei 2016

Notasi | TRACKLIST: Penentangan Berterusan ..suara dari Rumah Api dan The Wall!


Berikut adalah senarai lengkap band-band terlibat serta judul-judul lagu dalam cd kompilasi Penentangan Berterusan yang saya rebiu sebelum ini:

01. FIGHT FIELD – manifest everywhere
02. FIGHT FIELD – united as one
03. TRIANGLE – society’s burden
04. DERITA TERUS – siapa?
05. DERITA TERUS – cakap pasal
06. SHARON STONED – deep in shit / screwed ‘til death
07. SHARON STONED – ate the bait
08. NIK SALIM & SAING-SAING – skinhead ‘til i die
09. NIK SALIM & SAING-SAING – cats and dogs
10. BENZOATE – so called liberty?
11. BENZOATE – don’t mess with bruce lee
12. LANGGAR LARI – hamba
13. LANGGAR LARI – manusia gila
14. OSMANTIKOS – the wolf, the darkness and the fear
15. ANNIHILATION TURBO KIDS – hate bait
16. ANNIHILATION TURBO KIDS – whiskey and beers
17. TERSSALAHH – punk and disorder
18. TERSSALAHH – born to party
19. HOMERUN – satisfied
20. HOMERUN – untitled
21. SOUL SAVIOR – maestro
22. SOUL SAVIOR – black box
23. JALAN SEHALA – inglorious hardcore
24. JALAN SEHALA – menunggu mati
25. DUM DUM TAK – genocide
26. DUM DUM TAK – pembangkang yang dibangkang…
27. BAD IDEA – bad idea
28. BAD IDEA – anxiety
29. MEMORIAL – fragile hearts
30. MEMORIAL – black hole
31. VIOLENT ATTACK – tunduk?!?!!

Petikan Rebiu:
Bayangkanlah kalau saya sendiri pengamal muzik Metal Ekstrim berasa teruja, bangga dan meletakkan kehormatan yang tinggi terhadap pembikinan dan pengeluaran kompilasi sebegini, tentunya tidak perlu dolak-dalik dari anda yang secara langsung berada dalam scene Punk / Hardcore tempatan untuk menyokong dan menyusunatur “Penentangan Berterusan” di rak koleksi anda.baca rebiu penuh