Memaparkan catatan dengan label My Own Mind. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Own Mind. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2020

BPSD-07 | MY OWN MIND #4 / LELUASA #4


MY OWN MIND #4 / LELUASA #4
Split Zine 2020

Terbitan & Edaran: Bangkit! Publishing Support Division
Rilis: 10 Mac 2020
Kod: BPSD-07
Harga: RM6.00 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)

MY OWN MIND #4 (Malaysia)
Temubual bersama DEATH TO ALL POLITICIAN, GENERATION FUCK YOU, SOMETHING SHIT, HYMNÖIR dan SUDDENLY NOISE (Indonesia). Turut mengandungi sehalaman Sajak-Sajak Underground, ruangan Ulasan Muzik/Zine dan artikel Sejarah Muzik Punk. “Penerbitan kali ini adalah mengenai hubungan dua-hala, perkongsian informasi dan persahabatan dua negara serumpun; Malaysia-Indonesia.”

LELUASA #4 (Indonesia)
Temubual bersama THE JEBLOGS (Klaten) dan LIBRES! (Solo). Juga memuatkan artikel informatif mengenai jaringan kolektif / DIY space, profil band, opini dan penulisan kreatif. “Jangan menunggu orang lain menulis tentang dirimu atau skenamu, cobalah menulis tentang diri kalian sendiri atau apa yang terjadi di sekitar skena kalian.”

My Own Mind #4 / Leluasa #4 split-zine hampir keseluruhannya ditulis dalam bahasa ibunda (hanya sedikit sahaja dalam bahasa Inggeris), berjumlah 40 mukasurat dan bersaiz A5. 


Pembelian & Pertanyaan:
punksinametalhead.blogspot.com
facebook.com/bangkitzine
019-2597570 (whatsapp)

Terbitan/Edaran di Indonesia:
leluasaproject.blogspot.com
facebook.com/leluasaproject
leluasaproject@gmail.com

Isnin, 23 September 2019

BPSD-06 | MY OWN MIND #3


MY OWN MIND – Isu #3
Editor: Trashnoiser
Rilis: 23 September 2019
Kod: BPSD-06
Harga: RM8.00 senaskah

MY OWN MIND diy.punk.zine #3 – The International Specials! issue. 52 pages fully written in English. Interviews with BESTHÖVEN (Brazil), CHANGOZ! (Paraguay), CHIKARA (Bosnia / Sweden), CONTUSIÖN (Colombia), CUM SOCK (Canada), DISBRIGADE (Ecuador), LOWFAT (Thailand), MORTIFY (Japan), NECK DEEP IN FILTH (Nepal), NOISE MACHINE (Brazil), RADIGALS (Singapore), SHORT THRASH (Brazil), SUFFER THE PAIN (Sweden), THE TRACY LORDS (Hong Kong), TIGER PUSSY (Philippines), TOTAL RIOT (Indonesia) and also other features such as Scene Report and Updates, Articles, Artworks and many more!


Dapatkan salinan anda sekarang! MY OWN MIND #3 diedarkan pada harga RM8 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan). Zine ini adalah terbitan / edaran oleh Bangkit! Publishing Support Division. Untuk pemesanan & maklumat lanjut, whatsapp 019-2597570.

Jumaat, 5 April 2019

BPSD-05 | MY OWN MIND #2


MY OWN MIND #2 (April 2019) memuatkan temubual-temubual bersama DICKIES TALE, DIRTY DIVIDER, HARAMJADAH, KELEDEXX, MAHMUD ATTACK, Ø MOTHER, O.S.A, OVERHÄUL, PRUINOSUS, ROMI & THE JAHATS (Indonesia), SAVAGED SEAS (Brunei), SINGULAR, UNSUB (Singapura), WÄRFEAR dan YOUTH PORTAL. Juga disediakan bahan-bahan bacaan lain seperti ruangan artikel, seksyen ulasan, kolum khusus So Fuckin’ Noise Records / Netlabel dan halaman Sajak-Sajak Underground. Semua ini dihimpunkan padat dalam 40 mukasurat fanzine bersaiz A5, sebahagian besar ditulis dalam Bahasa Melayu. Harga: RM6.00 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)


Terbitan & Edaran:
BANGKIT! PUBLISHING SUPPORT DIVISION

Untuk pemesanan & maklumat lanjut, hubungi:
facebook.com/bangkitzine / whatsapp 0192597570

Sabtu, 25 Ogos 2018

BANGKIT! FANZINE – Isu #9


Diterbitkan secara rasmi pada 25 Ogos 2018 | BANGKIT! FANZINE isu #9 | Edisi ke-sembilan di bawah kategori “Siri Tetap” (Regular Series) ini mengetengahkan band-band seperti XRDM (yang aku tampilkan sebagai coverstory), OLD UNIT, CANTILEVER, NATIONAL NEXT, STREET YOUNGSTERS, ABLERTRIBE dan DUCKHEAD. Mereka-mereka ini adalah antara band hardcore / punk generasi muda yang berpotensi besar, hadir dengan rilisan-rilisan yang cukup meyakinkan! Kenali mereka dan ayuh berikan sokongan sepenuhnya kepada band-band serta rilisan tempatan. Kita sama hebatnya dengan band-band di luarnegara sana. BANGKIT! #9 adalah isu yang agak istimewa. Sepertimana diperhebahkan sebelum ini, ia diterbitkan dalam format split-zine bersama MY OWN MIND #1 yang menampilkan ACID DISTORTION, BAD IDEA, CENDOL’S DEAD, DISTASTE, KLABU ASAP, MAVIS DIRTY PROJECT, PXTX, THE PAPAS dan THE SUSE (Indonesia) dalam slot temubualnya. Sebagaimana biasa, kami menyedia ruangan ulasan, artikel dan informasi sebagai pelengkap; dimampatkan sepadatnya dalam naskah 60-halaman mukasurat bersaiz A5.

Harga: RM8 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570


Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA untuk yang minat membantu pengedaran Bangkit! Fanzine – sila berhubung!

Khamis, 7 Jun 2018

BANGKIT! #9 dalam pembikinan!!


Penerbitan BANGKIT! #9 buat masa ini masih dalam di dalam proses pembikinan di mana aku sedang menulis dan menyelesaikan slot Rebiu CD / Tape / Zine. Bahan-bahan lain telahpun siap. Dalam isu ini Bangkit! Fanzine menemubual band-band seperti XRDM, OLD UNIT, CANTILEVER, NATIONAL NEXT, STREET YOUNGSTERS, ABLERTRIBE dan DUCKHEAD. Sebagaimana telah diwar-warkan sebelum ini menerusi facebook, BANGKIT! #9 akan diriliskan secara splitzine bersama MY OWN MIND #1 [editor: Trashnoiser dari blog Noise From Hell] yang menampilkan interbiu dengan ACID DISTORTION, MAVIS DIRTY PROJECT, PXTX, DISTASTE, BAD IDEA, KLABU ASAP, THE PAPAS, CENDOL’S DEAD dan THE SUSE (Indonesia). Di bawah ni aku tunjukkan sampel kulit luar split issue BANGKIT! #9 / MY OWN MIND #1.


Untuk makluman korang, tempohari di bawah inisiatif Bangkit! Publishing Support Division aku ada keluarkan edisi percubaan My Own Mind #0 terhad 50 salinan sahaja. Tinggal beberapa copies sahaja dalam stok edaran aku so kalau korang berminat, segera whatsapp 0192597570.

Rabu, 21 Mac 2018

Rebiu | MY OWN MIND – Isu #0


MY OWN MIND – Isu #0
28ms / A5 / Dwi Bahasa
My Own Mind zine isu #0 yang diterbitkan pada penghujung Januari 2018 dianggap sebagai “isu percubaan”. Ianya lebih kepada “edisi pengenalan” debut official isu #1 yang berkemungkinan diriliskan secara “split zine” bersama Bangkit! Fanzine akan datang. MOM #0 menghimpunkan interbiu-interbiu lama (sekitar 2013-2015) dalam blog Noise From Hell, blog kendalian editor zine ini iaitu Johan a.k.a Trashnoiser melibatkan band seperti Perek Kasi Gerek, Tolakkok, Tarantulah, Sete Star Sept (Jepun), Exterminate, Naked Weapon, Psychotic Sufferance, Kurasakuasa dan Brayok. Terdapat juga halaman Extra/Bonus menampilkan Perpetual, Penguasa Anjing, Bakteria dan Doom (UK). Trashnoiser turut menyelitkan ruangan buletin “Noise From Hell news updates” dan Sajak-Sajak Underground. Layout zine ini boleh dikatakan kemas dan menggunakan teknik cut-and-paste. Walaupun kandungannya sedikit basi tetapi saya fikir ianya masih menarik dan berbaloi untuk dijadikan koleksi zine do-it-yourself anda. Emel trashnoiser@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Nota: MY OWN MIND #0 adalah terbitan dan edaran Bangkit! Publishing Support Division. Keluaran terhad 50 salinan sahaja. Harga cuma RM4.00 senaskah. Hubungi facebook.com/bangkitzine atau whatsapp 019-2597570 sekiranya berminat untuk dapatkan salinan anda!

Rabu, 31 Januari 2018

BPSD-01 | MY OWN MIND #0






Terbitan & Edaran:  Bangkit! Publishing Support Division | Kod: BPSD-01 | MY OWN MIND isu #0 menghimpunkan kerja-kerja penulisan dari blog NOISE FROM HELL (pada tempoh 2013-2015). Penerbitan isu ini mengetengahkan temubual-temubual bersama PEREK KASI GEREK, XTOLAKKOKX, TARANTULAH, SETE STAR SEPT (japan), EXTERMINATE, NAKED WEAPON, PSYCHOTIC SUFFERANCE, KURASAKUASA dan BRAYOK. Terdapat juga halaman Extra/Bonus menampilkan PERPETUAL, PENGUASA ANJING, BAKTERIA dan DOOM (uk). Turut dimuatkan ruangan Scene News Updates dan Sajak-Sajak Underground. Dikeluarkan TERHAD 50 SALINAN sahaja!

Harga: RM4.00 senaskah + RM1.00 kos pengeposan

Hubungi: facebook.com/bangkitzine / whatsapp 019-2597570