Memaparkan catatan dengan label Angkara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angkara. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2016

Rebiu | ANGKARA – Dogma


ANGKARA – Dogma
Broken Noise Records / Green Peace Distro / DIS346 / Zuath Generation Distro
Jika anda masih ingat dalam rebiu saya terdahulu dalam Bangkit! isu #1 terhadap Angkara berkenaan demo “Violation” (2014), saya agak kurang berpuashati dengan kualiti bunyi yang ditampilkan. Namun, dalam album pertama berjudul “Dogma” yang dikeluarkan hasil kolaborasi 4 buah label ini, semua itu telah diatasi dengan baik sekali, malah penambahbaikannya jelas lebih besar dan masif. Unit d-beat Hardcore / Crust Punk asal dari Kulim, Kedah ini kembali dengan begitu bergaya sekali dan “Dogma” itu benar-benar berkuasa serta penuh dengan tenaga. CD ini menyajikan 10 buah lagu serta tambahan sebuah intro menjadikan jumlah durasi keseluruhan 22:11 minit. Sessi rakaman serta proses mixing dan mastering telah dilakukan di Warehouz Studio bermula dari April 2015 hingga Januari 2016. Muzik mereka, lirik-lirik mereka, nyanyian mereka – semuanya menyatu umpama sebuah ekspresi amarah yang membuak dan meluap-luap. Mendengarkan deretan lagu-lagu dalam album ini dapat dirasakan garang dan bengisnya luahan dan laungan Angkara, seiring agresif-nya sifat-sifat irama muzik hardcore punk yang mereka persembahkan. Angkara dalam album ini dibarisi oleh Matt Rizal (vokal/gitar), Aziman Azmi (dram/vokal latar) dan kemasukan Pahrol Razi (bass/vokal latar) yang sebelum ini tidak terlibat dalam Demo 2014. “Dogma” didatangkan dalam pakej yang juga menarik, slipcase bersaiz 7" x 7" (seperti cover vinyl 7" EP). Angkara telahpun membuktikan potensi mereka dan tanpa ragu “Dogma” direkomen sepenuhnya mesti-milik.
facebook.com/angkaraband
angkara.bandcamp.com
facebook.com/brokennoiserec
facebook.com/addy.zaidy.1 (DIS346)
facebook.com/Green-Peace-Distro-828902057131372
facebook.com/ZUATH-Generation-Distro-1695016894043773

Jumaat, 6 Mei 2016

Rebiu | Angkara – Violation


Angkara – Violation
D-Beat Crust Punk dari Kulim, Kedah. Angkara dalam “Violation” Demo 2014 dianggotai oleh Rizal (gitar/bass/vokal) dan Aziman (dram/vokal). “Violation” yang dirakam dan diadun di Studio Soundmaker, Pulau Pinang (Julai - Ogos 2014) dimulakan dengan sebuah intro panjang 2 minit dan seterusnya 6 buah lagu menjadikan durasi keseluruhan demo CD-R ini menghampiri 15 minit. Dari sudut muzikal, lagu-lagu ciptaan Angkara kedengaran begitu garang dan penuh amarah! Keras dan pedas! Mereka mungkin  mendapat inspirasi dari band seperti Disclose dan Discharge. Kalaulah sound quality lebih menyerlah, demo ini pasti akan menjadi lebih baik. Angkara memiliki potensi yang bagus untuk lebih ke hadapan. Ini suara perjuangan!
facebook.com/angkaraband
angkara.bandcamp.com