Memaparkan catatan dengan label DISM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DISM. Papar semua catatan

Sabtu, 28 September 2019

Eksklusif / Terhad | RAW & PURE VOL.1


BANGKIT! – Keluaran Khas bersempena Raw & Pure Vol.1
Kod Terbitan: BET005

Selain daripada temubual bersama DISM dan CASHAFT yang dipetik dari isu akan datang Bangkit! #11, bahan-bahan bacaan lain yang dimuatkan dalam isu ini – keluaran khas bersempena gig Raw & Pure Vol.1 (Garage Studio, 28 September 2019) adalah “eksklusif” disiarkan dalam isu ini sahaja di mana tidak ada dalam mana-mana isu lain yang telah/akan diterbitkan. Antaranya termasuklah interbiu bersama ANARKIDX serta penulisan artikel KAO-TIK sumbangan Trashnoiser (editor My Own Mind zine). Begitu juga dengan ruangan BULETIN KHAS yang memuatkan info-info terkini band yang terlibat dalam gig Raw & Pure Vol.1 iaitu Desecrate, Explicit, DISM, Sub-Rejects, Klabu Asap, Ayam Hitam, Cashaft, Sickboyz, Skynless dan Strong Supporter. Kandungan “eksklusif” lain adalah rencana “Kapitalisme: Realiti Yang Menyebalkan” (sumbangan NonSubversif), artwork oleh Fadzee Tussock serta komik “Di Bawah Satu Payung”. 


Pengedaran:
Isu berketebalan 20 mukasurat ini diedarkan secara PERCUMA (salinan terhad) semasa berlangsungnya gig Raw & Pure Vol.1 atau berharga RM2.00 SENASKAH (selepas tarikh gig / melalui pos dengan tambahan RM2 untuk kos pengeposan).

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570

Jumaat, 3 Ogos 2018

Rebiu | DISM – Warmageddon


DISM – Warmageddon
Dismania Production
DISM adalah akronim kepada frasa Dark Insurgent Subarbs Mangel, nama untuk sebuah band yang ditunjangi Chex Khaos (bass), Atoi (gitar), Sidd Hellstrom (vokal) dan Zam (dram). Mereka sebenarnya tergabung dari ahli-ahli kumpulan The Dirty Dogs, Psychö Sickness, Discrusher, The Bongox dan The Dicksons. Tanpa banyak membuang masa, DISM terus menjalani rakaman di Laguna Music Green House Studio pada 22 Januari 2017 dan 16 April 2017, dan hasilnya adalah rilisan album penuh pertama mereka berjudul “Warmageddon” pada bulan Jun tahun tersebut. Full-length dalam format pita kaset ini bermuatan 10 buah lagu serta tambahan intro (Impact Of War) dan outro (Destruk-Vision). Lagu-lagu mereka; Warmageddon, System From Hell, No More Reality, State Curfew, Burden Our Life, Dark Paradise, Janji Kosong, Brutalocaust, Restricted, dan A Nightmare For Today yang disusun samarata pada Side (A) dan Side (E) adalah contoh terbaik untuk olahan irama Crust / D-beat yang kaya idea! Pengalaman serta pengetahuan seakan menjadi faktor kepada keupayaan DISM dalam menggarap rupabentuk dan nuansa yang tepat untuk muzik sedemikian. Mereka tahu secara mendalam tentang apa yang mahu dilakukan – komposisi yang simple (mudah), permainan yang pantas, keras, rancak bertenaga serta impak muziknya yang terus-menerus menghentam dan mendera! Vokal dilontar dengan lantang, garang dan penuh amarah! DISM dilihat begitu berjaya merealisasikan muzik UK-inspired Noisy Raw Punk dengan pengaruh-pengaruh utamanya kemungkinan datang dari band-band seperti Discharge, Broken Bones, Disgust, Anti Cimex, Driller Killer, Raw Noise, Extreme Noise Terror, Doom dan juga Disclose. Sekiranya anda mencari produk crusty / punk yang ada kualiti unggul serta memenuhi perisa rempah-ratus genre sedemikian, saya syorkan anda miliki album berdurasi sekitar 29 minit ini. “Warmageddon” sememangnya menggetarkan!