Isnin, 2 Julai 2018

Notasi | AL-FATIHAH UNTUK ANGAH EXOTHERMIX


Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Berita kembalinya ke rahmatullah Mohammad Shafiq Shariffuddin a.k.a Angah, pemain bass Exothermix sebenarnya sangat mengejutkan. Apa tidaknya, Angah kelihatan sihat sahaja bahkan baru selesai mengadakan persembahan bersama bandnya beberapa jam sebelum itu. Beliau seorang yang suka merendah diri, berbudi bahasa malah gemar berkongsi cerita tentang perkembangan Exothermix. Pemergian Angah satu kehilangan yang tiada galang-gantinya. Interview bersama Exothermix dalam Bangkit! #4.5 akan sentiasa mengingatkan saya kepada Angah. Terima kasih Angah kerana telah menjadi sebahagian dari scene kecil kita ini. Sama-samalah kita doakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan-insan pilihan-Nya. 

AL-FATIHAH.


Nota: Sepertimana catatan di facebook.com/piankvlt pada 2 Julai 2018, 11:39 pagi.



Ahad, 1 Julai 2018

BANGKIT! FANZINE – Isu #8.5


Diterbitkan secara rasmi pada 1 Julai 2018 | BANGKIT! #8.5 adalah satu lagi Keluaran Khas terbitan Bangkit! Fanzine dan ianya merupakan sebuah edisi istimewa yang sedikit-sebanyak melihat gerakan masakini scene “Rock Bebas” tempatan. Menampilkan temubual-temubual eksklusif bersama ANAVRIN, EF’IL, FRUGAL, HUMAN ENERGY COLLECTIVE, IM INNOCENT, KIIYAS, MAD & RISSA, MADDAME…, PANGGUNG CERITA, SATWO, SHH...DIAM!, SHUUNA, STATIK, THE ANTARA, THE JAPS, THE JETHROÉS, TRODACE, dan ZIRCONIA. Turut memuatkan artikel dan informasi band-band seperti CLASSMATES, KUGIRAN A. SAZALI, MARGASATWA, MYTH, PRASASTI, RADIOWAVE, SERVANTS, THE FATALIS, dan TRANSITIONS. Selain ruangan Ulasan CD, isu ini menyiarkan rencana sumbangan Hentak Kepala; iaitu “Legenda Indie Rock – Muck” dan “Muzik Indie: Ke Mana Tujuannya?”. Ilustrasi kulit oleh Ameer ‘AN’ Naim. Berketebalan 60 halaman mukasurat, bersaiz A5, keseluruhannya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Harga: RM8 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570











Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA untuk yang minat membantu pengedaran Bangkit! Fanzine – sila berhubung!