Memaparkan catatan dengan label Svatantrata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Svatantrata. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2016

Rebiu | SVATANTRATA – Dance In The Darkness


SVATANTRATA – Dance In The Darkness
Overflöd Records / Pissed Off! Records
Agak terkilan kerana saya hanya mampu mengulas demotape ini setelah pemergian abadi vokalisnya, Are. Svatantrata difahamkan terdiri daripada ahli / bekas ahli-ahli band dari gerombolan Kratom City, Kulim, Kedah termasuklah Angkara dan 13DAS. “Dance In The Darkness” memuatkan 5 buah lagu d-beat hardcore + 1 intro pendek keseluruhannya berdurasi 15:34 minit. Secara muzikal, d-beat hardcore bawaan Svatantrata bukanlah jenis yang dimainkan laju di mana hampir keseluruhannya boleh dikatakan dalam tempo mid-paced dan agak melodik. Kadang-kala seperti ada juga suntikan stoner rock dalam muzik band ini. Proses rakaman (termasuk mixing & mastering) demo ini dibuat secara live di Warehouse Studio namun hasilnya boleh dibanggakan, kedengaran berat dan padat. Vokal (Allahyarham) Are yang serak bagai penuh amukan dan amarah meluahkan isu-isu politikal, kesamarataan, kemiskinan, perang dan sebagainya. Saya melihat Svatantrata sebagai sebuah band berpaksikan crustcore dan sudah tentu mereka menakjubkan! Emel: svatansband@gmail.com.

Sabtu, 30 April 2016

Notasi | Kenangan dari SVATANTRATA


Biarpun tidak mengenali dan tidak pernah berhubung [malah tiada pun dalam friendlist facebook] dengan vokalis SVATANTRATA, saya berasa sangat simpati, bersedih dan terkesan dengan berita pemergian tragis saudara Are Disorder di Ho Chi Minh City. Saya memiliki rilisan tape "Dance in the Darkness" mereka dan mendapati Are sememangnya berbakat besar. Band ini sangat menakjubkan. Terima kasih Are kerana meninggalkan kami kenangan ini. Tape ini pasti akan selalu mengingatkan saya kepada kamu. Semoga tenang dan dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.
– 29.04.2016