Memaparkan catatan dengan label Up The Punx. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Up The Punx. Papar semua catatan

Khamis, 15 November 2018

Eksklusif / Terhad | TIGA TAHUN UP THE PUNX


NOVEMBER 2018 ini adalah ulangtahun ketiga blog Up The Punx yang merupakan media online rasmi kepada penerbitan Bangkit! Fanzine. Bagi meneruskan tradisi yang dimulakan tahun lalu, Bangkit! berbesar hati meraikan ulangtahun kali ini menerusi edisi terhad TIGA TAHUN UP THE PUNX. Antara paparan istimewa dalam isu ini adalah 5-mukasurat BANGKIT! DISOALSIAT, sebuah bual-bicara yang tak mungkin disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak mahupun online. Ia adalah manuskrip soal-jawab di antara seseorang yang agak berpengaruh dalam scene seni penulisan bebas bersama editor Bangkit! Fanzine. Temubual bersama RADIGALS (Singapura), HERIDA PROFUNDA (Poland/UK) dan CUKONG PRESS yang pernah dijalankan dan disumbangkan oleh editor Bangkit! kepada beberapa zine tempatan turut diabadikan di dalam naskah ini. Beberapa lagi bahan bacaan lain yang turut dimuatkan adalah eksklusif, hanya ada di dalam Edisi Terhad 200 salinan ini sahaja!

Harga: RM4 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570


Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA ditawarkan untuk yang pihak-pihak yang berminat membantu pengedaran, sila berhubung.

Rabu, 19 September 2018

Edisi Terhad TIGA TAHUN UP THE PUNX bakal diterbitkan!


NOVEMBER bakal tiba kurang lebih sebulan setengah sahaja lagi. November setiap tahun, Bangkit! Fanzine akan meraikan ulangtahun keujudan blog UP THE PUNX, sebuah blog yang saya mulakan pada November 2015. Itu blog yang mencetuskan idea pembikinan seterusnya menjadi media online rasmi kepada Bangkit! Fanzine itu sendiri. Jika sekiranya kalian terlepas pandang, isu tahun terdahulu menampilkan Brawk, Ajax Salaman dan sebagainya. Untuk tahun 2018 ini saya sudahpun bersedia (90% siap) untuk penerbitan edisi Eksklusif/Terhad TIGA TAHUN UP THE PUNX. Ia mungkin tidak membawa apa-apa makna buat kalian namun sebaliknya bagi saya secara peribadi, isu ini begitu istimewa. Ianya adalah sebuah perjuangan, kecintaan dan pengorbanan. Up The Punx!

Selasa, 20 Februari 2018

Notasi | TRANSIT #2: DI SINI SELAMA INI


Sukacita dimaklumkan bahawa bertarikh 10 Februari 2018 yang lalu aku telah melancarkan edisi kedua TRANSIT, zine literatur yang terhasil dari penulisan aku di blog atas nama berkenaan. Korang boleh tengok detail di laluan: Transit #2: Di Sini Selama Ini.

Transit Kembali! Isu kedua zine TRANSIT dahpun siap! Seperti yang pertama dulu, format kali ni juga sama; menghimpunkan 12 Puisi dan 4 Catatan karya syok sendiri Sufian Mohamed Salleh a.k.a Pyan Nathias, hehe! Naskah ini asasnya diterbitkan atas dasar sekadar satu koleksi peribadi yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan yang berminat, hmmm.. ada ke yang berminat? Kalau ada, hubungi saya di: facebook.com/piankvlt.

Nota: Transit adalah projek sampingan (sub-project) Up The Punx / Bangkit! Fanzine | Blog Transit boleh dilayari di: transit-seni.blogspot.com.

Isnin, 20 November 2017

Notasi | Idea di sebalik Edisi Terhad Dua Tahun Up The Punx


Dapatkan sebelum terlambat! Edisi Terhad “Dua Tahun Up The Punx”. 200 salinan sahaja! Isu ni sempena ulangtahun kedua blog UP THE PUNX. Satu blog yang aku kendali untuk muzik dan scene Punk sedangkan sebelum ni aku lebih kepada Metal (Nathias Zine, blog Ekstrim, etc). Blog ni yang mencetuskan penerbitan BANGKIT! FANZINE. Salah-satu benda EKSKLUSIF dalam edisi ni interview bersama Ajax Salaman a.k.a Ajax Dethkren. Dia ni korang kenal kan? METAL TEGAR. Orang penting dalam scene metal tempatan sejak sekian lama. Dari zaman Krenmaut Zine, Ultra Hingax Production hingga sekarang KLmetalcamp. Dalam metal-sampai-tua dia tu siapa sangka sekarang ni dia mengurus sebuah band punk rock, Brawk. Macam tak percaya kan? Even band BRAWK itu sendiri dianggotai mereka yang main dalam band metal. So korang nampak tak apa idea di sebalik edisi ni? Yes... PUNK dari kacamata “kami” METALHEAD. Kau punk, kau metal, kau layan semua.. tiada istilah diskriminasi dalam music genres. Back then, we’re all the same.. duduk bawah satu bumbung.. sama-sama kasi up kita punya underground music scene! – Pyan Nathias, 18 November 2017

Jumaat, 3 November 2017

Eksklusif / Terhad | DUA TAHUN UP THE PUNX


November adalah bulan istimewa kepada UP THE PUNX – Blog Rasmi BANGKIT! FANZINE. November 2017 merupakan Ulangtahun Kedua blog Up The Punx. Kami mahu meraikannya. Atas dasar itu, Bangkit! Fanzine berbesar hati menerbitkan edisi terhad DUA TAHUN UP THE PUNX. Separuh daripada kandungannya adalah promosi kepada isu-isu keluaran akan datang Bangkit! Fanzine; isu #6, isu #6.5 dan isu #7 manakala sebahagian lagi adalah eksklusif di dalam edisi ini sahaja. Edisi Terhad ini menampilkan interbiu bersama BRAWK, AJAX DETHKREN, PETAK DAUD, THRASHIT, PIRI REIS, JOHNY COMES LATELY, ruangan Ekstrim (HUMILIATION dan AS I END), Notasi, Puisi dan sebagainya. Format: 32 mukasurat / A5 / Bahasa Melayu. Kuantiti: TERHAD 200 SALINAN SAHAJA!!!

Harga: RM4 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570







Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA ditawarkan untuk yang pihak-pihak yang berminat membantu pengedaran, sila berhubung.

Rabu, 1 November 2017

Notasi | Ulangtahun Kedua UP THE PUNX


ULANGTAHUN KEDUA UP THE PUNX
Di bulan November ini, atau tepatnya pada tarikh 20 November 2017 adalah ulangtahun kedua blog UP THE PUNX. Sudah 2 tahun usianya aku memuat naik catatan pertama berkaitan pengenalan blog ini pada tarikh yang sama di tahun 2015 yang lalu. Aku amat berharap agar kandungan dan pengisian blog ini menyalurkan banyak maklumat dan bahan bacaan mengenai scene Hardcore Punk dan DIY tempatan. Blog sederhana ini sebagaimana yang kalian ketahui telah berkembang dan mendorong kepada penerbitan BANGKIT! FANZINE. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi singgah dan menyokong blog serta zine yang aku kendalikan. Ini adalah wadah “Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan” sumbangan kecil dari aku; dari kacamata seorang metalhead.

KUALA LUMPUR ZINE FESTIVAL 2017





Jika tiada aral melintang, BANGKIT! akan turut serta di acara Kuala Lumpur Zine Festival 2017. #KLZF2017

kualalumpurzinefest.blogspot.com
facebook.com/KlZineFest

Isnin, 30 Oktober 2017

Edisi Terhad DUA TAHUN UP THE PUNX bakal diterbitkan!



November adalah bulan istimewa kepada UP THE PUNX – blog rasmi Bangkit! Fanzine. November 2017 merupakan Ulangtahun Kedua blog Up The Punx. Kami mahu meraikannya. Atas dasar itu, Bangkit! Fanzine berbesar hati untuk menerbitkan edisi terhad DUA TAHUN UP THE PUNX. Separuh daripada kandungannya adalah promosi kepada isu-isu keluaran akan datang Bangkit! Fanzine; isu #6, isu #6.5 dan isu #7 manakala separuh lagi adalah eksklusif di dalam edisi terhad ini sahaja. Ya, ini adalah Edisi Terhad, di mana hanya 200 salinan sahaja dikeluarkan!

Jumaat, 29 September 2017

Notasi | Edisi Pengenalan Yang Dibatalkan!


sekadar perkongsian: 

BANGKIT! #0 [Edisi Pengenalan] – sebuah issue yang tidak pernah diketahui umum, tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa pun sebelum ini, tidak diterbitkan dan secara teknikalnya dibatalkan. Kalaupun ada master copy / digital file isu ini, ianya tidak rasmi atau bahasa omputehnya "unofficial" (sebab aku anggap ia tidak wujud). 

Apabila Ocha Vozvyshennyy beri komen balas "tolong riliskan bangkit #0 tu pleaseee? nipis pun takpe, ada value dia" dalam status aku terdahulu, balik rumah tadi aku terus cari semula sampel kulit luar yang aku teringat aku pernah print (rujuk foto). Bukannya apa, aku terkenang banyak perkara. Di sini bermulanya idea awal dan asas penerbitan Bangkit! Fanzine yang ada sekarang. Pembikinan "isu percubaan" ini terbengkalai di mana aku begitu "down" bila arwah abah aku sakit dan pergi buat selamanya pada masa tu. Sedikit demi sedikit, pelahan-pelahan aku bangkit kembali dan hasilnya aku realisasikan terus Bangkit! #1 pada Mei 2016 tanpa perlu ada sebarang Edisi Pengenalan. 

Bangkit! Fanzine sebelum keujudannya aku bermula dengan blog "Up The Punx" terlebih dahulu. Bila datang keinginan untuk menjadikan penulisan-penulisan online kepada format fizikal paper fanzine, nama BANGKIT! memang nama pertama yang terlintas dalam fikiran aku, dipacu dari nama "Up The Punx" itu sendiri. Kredit & terima kasih kat Ahmad Nizamuddin Abdullah aka Nizang Mosh sebab dialah orangnya yang aku refer untuk dapatkan nasihat / pandangan tentang penggunaan nama tersebut dan beliau mengesahkan tiada zine bernama BANGKIT! sebelum ini dalam scene tempatan. 

Terima kasih juga kat Johan aka Trashnoiser dari blog Noise From Hell zine sebab contribute banyak bahan untuk disiarkan masa aku sedang bikin "isu yang tak menjadi" ni, huhu.. maaf kerana terpaksa "reject" beberapa daripadanya apabila isu ni bertukar wajah menjadi Bangkit! #1.

Nota: Kalaulah Bangkit! #0 ni dikeluarkan satu hari nanti, rasanya akan kekal dengan kandungan & pengisian asal tanpa ada tambahan benda/bahan baru. Ia perlu keluar (jika dikeluarkan) dalam format sepertimana ia sepatutnya keluar pada waktu itu iaitu Disember 2015 / Januari 2016.

– Pyan Nathias, 29 September 2017

Notasi | Bangkit! Lahir Dari Rasa Cinta


Tak sangka aku telah melakukannya. Bangkit! Fanzine – sejumlah 8 isu diterbitkan setakat ini; merangkumi 5 “regular series” + 3 “special issues”. Syukur Alhamdulillah di atas segalanya. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menyokong, mendorong, membeli & membaca naskah-naskah yang aku kira taklah seberapa ini. Mohon maaf andaikata masih banyak kekurangan & kelemahan sana-sini dalam zine ini. Aku hanya buat sekadar mampu, semuanya demi cinta & sokongan kepada scene tempatan. Bangkit! Zine ni sentiasa menjadi pengalaman & cabaran baru untuk aku sendiri sejak aku mulakan projek ni dan isu pertama rilis pada Mei 2016. Mudahan ia terus berkembang dan tidak terhenti, selagi ada keizinan-Nya, inshaaAllah. Bangkit!

Nota: 
1. Aku pernah cuba keluarkan Bangkit! #0 (edisi percubaan) sekitar Disember 2015 / Januari 2016 tapi terbengkalai & terbatal bila arwah bapa aku meninggal dunia. Aku “down” dan sedikit demi sedikit bangkit semula untuk terus merealisasikan Bangkit! #1 tanpa ada edisi percubaan.
2. Harga semua issue, termasuk #5.5 yang cadangnya nak launch dan mula diedar pada #selangorzf2017 ngam-ngam RM50. Never planned but it happens, hehe!
3. Bakal menyusul: Bangkit! #6 (Brawk, In A Sense, RAT, 13, Piri Reis, Anak Bukit, Soft, Sepu10h, Shizuka Ben Aman, etc) dan Bangkit! #6.5 (Petak Daud, Aku Napie, Nizang Mosh, etc). Bahan-bahan interview semua dah ada tapi macam biasa la part review lambat siap. So, tunggu ia kembali bangkit!

Sorry tulis status panjang-panjang, ditulis untuk diri sendiri untuk kongsikan bersama kalian. Bangkit! lahir dari rasa cinta untuk korang semua.

– Pyan Nathias, 29 September 2017

Rabu, 11 Januari 2017

BANGKIT! @ The Ricecooker Archives


Empat (4) keluaran Bangkit! Fanzine setakat ini, termasuk 1 edisi khas KLZF2016 telah dimasukkan ke dalam album: Archive Contributions 2017 [dalam The Ricecooker Archives] pada 10 Januari 2017 dengan catatan seperti berikut:

BANGKIT! fanzines; issue #1, #2, #2.5 & the recent #3.

currently the most active fanzine detailing the local punk scene from the perspectives of a veteran metalhead who used to run the NATHIAS fanzine in the 90s. 

order: https://www.facebook.com/bangkitzine/

Terima kasih kepada bro Joe Kidd (Aedes zine / Carburetor Dung / Alternative Age Entertainment / etc) dan juga The Ricecooker Archives. Up the punx!!!

Jumaat, 16 Disember 2016

Notasi | TRANSIT #1: AKU BUKANLAH PEMUISI


Kegiatan masa lapang aku kadangkala bila datang idea dan terinspirasi dengan suasana persekitaran, aku akan menulis puisi (sajak) atau catatan-catatan puitis di mana kemudiannya aku muat-naik ke blog peribadi / koleksi literatur dinamakan TRANSIT. Entah apa alasannya, tidak semena-semena aku melancarkan pengeluaran litzine Transit #1: Aku Bukanlah Pemuisi pada 1 Disember 2016 yang lalu. Dalam blog Transit aku umumkan:

Telah Terbit! Himpunan 12 Puisi & 4 Catatan acah-acah puitis karya syok sendiri Sufian Mohamed Salleh a.k.a Pyan Nathias. Dicetak dalam format minizine 20 mukasurat (termasuk kulit) bersaiz A5. Diterbitkan atas dasar sekadar satu koleksi peribadi yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan yang berminat. Ianya bukan untuk dijual-beli. Sesiapa yang ingin turut menikmati perkongsian ini, inbox saya nama & alamat. Hubungi: facebook.com/piankvlt

TRANSIT ZINE ini [berkemungkinan buat masa ini] bukanlah satu penerbitan serius dari aku. Ia sekadar himpunan koleksi peribadi untuk dikongsikan bersama sesiapa yang berminat, terutamanya dalam bidang kesasteraan. Barangsiapa yang mahukan sesalinan Transit #1 hubungilah aku dan aku lebih suka ianya ditukar (trade) dengan zine / stuff yang korang ada.

Nota: Terdahulu aku ada tampilkan 4 buah puisi tulisan aku di dalam edisi khas Bangkit! #2.5 di mana 2 puisi daripadanya aku muatkan semula dalam Transit #1 ini. Blog Transit boleh dilayari di: transit-seni.blogspot.com | Transit adalah projek sampingan (sub-project) Up The Punx / Bangkit! Fanzine.

Selasa, 29 November 2016

KIBOTA – The Chaos Rockerz


Doodle budak punk mohawk ini sebenarnya lakaran spontan seorang sahabat bernama Adi Herman sebaik sahaja beliau menerima naskah Bangkit! #1. Ia dilakar pada belakang envelope kiriman zine tersebut yang diterimanya pada 10 Jun 2016. Simply, ia menarik perhatian dan aku sangat menghargainya. Tak ramai yang ada bakat melukis sepintas lalu seperti Adi yang turut digelar Pendekar Mustar di akaun facebook beliau. Aku terfikir ada baiknya aku tukar ilustrasi (cilok dari internet) pada banner / header blog aku Up The Punx dengan yang ini. Barulah nampak ada originality, tak gitu?. Automatically, ia secara rasmi aku anggap maskot kepada Bangkit! Fanzine. Budak mohawk ini diberi nama KIBOTA. 

Eh, siapa atau apa itu Kibota??? Kebetulan cerita berkaitan Kibota menjadi bahan bicara antara aku dan Adi beberapa hari sebelum doodle ini terhasil. Masa tu kami deal untuk trade antara Bangkit! #1 dan zine karya beliau Bisak Palak #1. Adi adalah anak jati kelahiran Bintulu, Sarawak. Aku beritahu Adi yang aku pernah stay Bintulu, tahun 1988 hingga pertengahan 1991, study di UPM Kampus Bintulu. “Uihhhh zaman lama tu... saya kecik lagi masa tu, haha!”, jawab Adi. Cepat masa berlalu. Dah 25 tahun aku tinggalkan Bintulu. Rindu rasanya kat Bintulu. That time aku selalu beli kaset metal/rock kat satu kedai muzik sekitar bandar tu, lupa dah nama kedai tu. Sekarang ni mungkin dah banyak berubah dan membangun. Dulu airport tengah-tengah bandar. Adi maklum sekarang airport dah kat tempat lain, dah ada shopping complex sekarang. Aku tanya: “KIBOTA... pernah dengar?”. Selamba rock Adi respon: “gengster tu!”. 

Memang betul kata Adi. Kibota itu satu kumpulan gangster atau samseng yang berkeliaran aktif di bandar Bintulu pada masa tersebut. Aku pun cerita kat Adi satu perkara yang tidak aku lupakan hingga hari ini: “(Kibota) kuat paw budak-budak UPM yang keluar ke bandar dulu-dulu. Tapi aku save. Ada satu hari tu, ada sorang mamat duduk depan aku. Duit dia jatuh, bergulung-gulung berikat beb. Tak tau berapa ratus ribu. Aku ambil bagi dia. Aku cakap “bang.. duit abang jatuh”... Since that day tiap kali ke bandar, tiap kali terjumpa, dia mesti tegur aku. Sesekali lepak borak-borak. Dia bagi aku t-shirt... tertulis KIBOTA. Dia cakap dia ahli kumpulan tu”. 

Begitulah kisahnya. Kiranya aku selamat dan terlindung dari kena paw, haha!. Aku pun dah tak ingat nama mamat tu dan t-shirt Kibota yang super rare tu pun ntah mana hilang. Syukurlah, Adi beritahu sekarang geng-geng kibota dah takde. Banyak dah insaf dan ada yang jadi tabligh. Aku lupa apa maksud Kibota. Tak silap aku ia akronim pada nama penuh kumpulan tu. Adi cuma maklum kibota tu senjata yang dibuat daripada besi yang melekat kat penumbuk. Kenangan itulah yang mahu aku abadikan pada doodle ini. Pelukisnya Adi dari Bintulu dan Bintulu mengingatkan aku kepada Kibota. 

Apapun, jangan pula disalah anggap. Gangsterisme atau kegiatan samseng tidak ada kaitan langsung dengan zine Bangkit!, blog Up The Punx apatah lagi scene Hardcore Punk. Scene ini sihat dan berwawasan. Punk Makan Sampah yang pernah heboh satu ketika dulu adalah fitnah dan pembohongan dari media kerajaan yang tidak beretika. Nazi Punks boleh pergi mampus, fuck off!. Kibota di sini tidak membawa maksud yang tidak baik. Malah rasanya ada sedikit pengajaran dari apa yang aku ceritakan di atas tadi. Kalau kita berbuat baik kepada seseorang, biarpun kita tahu orang itu bukan orang baik (jahat), Tuhan akan membantu kita dan memberi kita lebih banyak kebaikan (perkara-perkara yang baik).

Terima kasih buat Adi Herman di atas doodle Kibota dan keizinan menggunakannya sebagai maskot Bangkit! Fanzine. Bagi yang belum mengenali Adi, beliau adalah seorang penulis kreatif yang berbakat besar. Dialah individu di sebalik buku Antologi Cerpen “Pentagram Di Atas Pusara”, tunjang utama zine Bisak Palak (Antologi Penulisan Kreatif Warga Bintulu) serta juga ahli band experimental grindcore Tahi Suci. Adi Herman boleh dihubungi di gautama_81@yahoo.com atau facebook.com/adiherman696.


NOTA: Sepertimana disiarkan dalam BANGKIT! #2.5

Ahad, 20 November 2016

Notasi | Ulangtahun Pertama UP THE PUNX


ULANGTAHUN PERTAMA UP THE PUNX
Hari ini, 20 November 2016 adalah ulangtahun pertama UP THE PUNX setelah setahun usianya aku memuat naik catatan pengenalan blog ini pada tarikh yang sama tahun lalu (2015). Aku amat berharap agar kandungan dan pengisian blog ini menyalurkan banyak maklumat dan bahan bacaan mengenai scene Hardcore Punk dan DIY tempatan. Blog sederhana ini telah berkembang dan mendorong kepada penerbitan BANGKIT! FANZINE. Terima kasih diucapkan kepada kalian semua yang sudi singgah dan menyokong blog serta zine yang aku kendalikan. Ini adalah wadah “Hardcore Punk, Solidariti dan Kebebasan” sumbangan kecil dari aku; dari kacamata seorang metalhead. – Sufian Mohamed Salleh a.k.a. Pyan Nathias

Jumaat, 20 November 2015

Pengenalan – UP THE PUNX


Blog ini dikendalikan oleh Pyan Nathias, seorang metalhead yang turut meminati dan menghargai scene punkrock, hardcore, elektronik dan lain-lain muzik underground non-metal di tanahair tercinta ini. Bagi yang tidak mengenali Pyan Nathias, saya adalah editor NATHIAS fanzine dan media online EKSTRIM. Tujuan asal saya mengujudkan blog ini hanyalah untuk arkib atau dokumentasi segala minat dan penulisan saya terhadap bahan-bahan yang selain daripada muzik metal yang menjadi keutamaan saya. Ia mungkin jika sesuai saya sumbangkan kepada beberapa fanzine tempatan yang menyokong gerakan muzik punk/hardcore atau jika ada keizinan, kemungkinan juga saya realisasikan sebuah fanzine saya sendiri. Info: facebook.com/piankvlt

NATHIAS FANZINE
facebook.com/nathiasmag
nathiasmag.blogspot.com

EKSTRIM - Media Muzik Metal Malaysia
ekstrim-info.blogspot.com
facebook.com/ekstriminfo

BLAZT PROMOTION
facebook.com/blaztpromotion
blaztpromotion.blogspot.com

DEATHSALES DISTRIBUTION
facebook.com/deathsales
death-sales.blogspot.com

Foto: Senja di Sutera Harbour / Tanjung Aru, Kota Kinabalu. 17 November 2015.