Isnin, 11 Jun 2018

Rebiu | JANITOR – Bilik Janitor


JANITOR – Bilik Janitor
Noisemongers Records / Exit Music
Tape ini telah dikeluarkan sekitar Oktober 2014. Ianya keluaran semula versi asal dalam bentuk CD oleh Kubikal Records rilis pada awal tahun tersebut. Jika Elmu Hisab dilihat sebagai generasi terkini membawakan irama punk pelik penuh eksperimentasi [mengikut definasi saya sendiri lah!], Janitor adalah generasi yang terlebih dahulu muncul dengan kelainan sebegitu. EP “Bilik Janitor” memuatkan 5 buah lagu berdurasi keseluruhan hampir 24 minit, dikategorikan sebagai Post-Punk / Noise Rock / No Wave. Lagu-lagu Janitor liriknya ditulis dan dinyanyikan dalam bahasa Melayu, mudah untuk difahami akan tetapi sebaliknya muzik mereka yang memerlukan pendengar duduk diam dan belajar untuk memahaminya. Muzik yang unik, memiliki kreativiti tinggi dan begitu banyak idea-idea inovatif. Ini rilisan lama yang mungkin sudah sukar untuk diperolehi format fizikalnya di pasaran, kalian boleh cuba dengar bunyi-bunyian sonik Janitor di laman bandcamp mereka. Pihak label ada mengatakan yang ini adalah untuk mereka yang meminati band-band seperti Sonic Youth, Big Black, James Chance and the Contortions dan Fugazi. Dahsyat!

Rebiu | ELMU HISAB – Ademonstration


ELMU HISAB – Ademonstration
Menora Recordings
Wah! Ini band yang kedengaran “lain macam” genera dan nuansanya! Namanya pun pelik, Elmu Hisab. Muziknya gila, kreatif dan sangat unik. Asas dan akarumbinya Punk, atau Post-Punk mungkin terma yang lebih tepat, dengan besarnya elemen Experimental dan Noise. Hmm.. Space Rock pun juga rasanya. Keseluruhan 6 lagu merangkumi jumlah durasi 40:36 minit dalam rilisan (demo?) tape berjudul “Ademonstration” memang betul-betul menarik, saya “terpaksa” mem-fokus-kan telinga untuk mendengar dengan lebih teliti, menghayati setiap perinci lagu-lagu ini dipersembahkan. Komposisi muzik dan susunan lagu-lagunya sebahagian besarnya (lebih baik saya katakan hampir keseluruhannya) kedengaran kompleks, dengan tone gitar yang bising, kuat dan kasar. Tidak, saya tidak maksudkan lagu-lagu Elmu Hisab ini bingit semata-mata, setiap lagu seperti ada penceritaannya tersendiri, detik-detik bising tiba-tiba berubah “tenang”, gloomy dan kelam, kemudiannya bertukar keras atau apa sahaja bunyian. Ya, pelbagai struktur dan tekstur bunyian boleh terdengar dalam sesebuah lagu. Lagu-lagu ciptaan Elmu Hisab ini secara puratanya agak panjang, di mana The Tidehunter yang paling panjang (11:09 minit), dan yang paling “menghanyutkan” perasaan, hehe! Tak banyak maklumat tentang Elmu Hisab yang diletakkan dalam sampul kaset, yang terlalu simple rekabentuknya. Jangan tanya saya apa pengaruh muzik band ini atau band-band lain yang boleh disamakan dengan mereka, saya memang tak tahu. Cuma yang pasti saya terpaku “hipnotis” sepanjang-panjang kaset ini dimainkan. Dapatkan kaset ini jika kalian mahukan sesuatu yang berbeza dari scene tempatan. Ianya begitu hebat!

Rebiu | TAHI SUCI – Saya Yang Enggan Menurut Perintah


TAHI SUCI – Saya Yang Enggan Menurut Perintah
Metuk Ulau Underground Voices
Dari penelitian saya, Tahi Suci menerusi EP “Saya Yang Enggan Menurut Perintah” sedikit sebanyak mula meninggalkan sisi ‘eksperimental’ sepertimana aplikasi mereka dalam demo “Grinding Syiah Bastards”, dan bergerak ke arah (kembali kepada) Grindcore tulen bahkan lebih berat serta jahat justeru adanya suntikan elemen deathmetal. Kualiti rakaman dan produksi bunyi dalam rilisan terbaharu ini juga jauh lebih baik, lebih terurus malahan musicianship band yang dilihat semakin matang. Saya sebenarnya suka dengan percubaan-percubaan yang diterapkan dalam demo terdahulu tetapi jujur, saya lebih suka dengan pendekatan terkini Tahi Suci dalam EP ini yang kedengaran ampuh dan membunuh! Apapun, Tahi Suci tetap kekal Tahi Suci pada keunikan judul-judul lagu serta tema dan mesej dalam lirik-lirik tulisan mereka. Cuma untuk EP ini, saya awalnya agak kurang puashati kerana ia mengisar lumat dalam tempoh masa yang terlalu singkat. Tamat sepusingannya begitu cepat! Bagaikan ereksi mencapai klimaks sebelum waktunya! Tidak mengapa. “Saya Yang Enggan Menurut Perintah” ini ironiknya rilis kira-kira dua bulan sebelum tumpasnya Tirani Jibraun. Di situlah nilai “berbaloi”nya CD ini. Biar ia terus berputar lagi, mengiringi pula Altantuya kembali, bangkit menghantui!

Rebiu | XRDM – Fashkodato!


XRDM – Fashkodato!
Exit Music / Kusottare Records
Unit Fastcore kelahiran Kota Kinabalu ini kian mengutip pengalaman dalam kariernya, semakin lebih matang dalam berkarya. XRDM dalam “Fashkodato!” benar-benar menakjubkan dan saya kira setiap pendengar akan terpaku kagum dengan kekuatan dan kepadatan muzik yang mereka persembahkan. Tape ini hanyalah sekitar 6 minit setengah; terdiri daripada 8 lagu yang setiapnya ringkas, singkat, deras dan mampat! Seakan tiada kompromi untuk ruang rehat dan bernafas! Muzik XRDM boleh saya anggap satu hibrid di antara hardcore punk berkelajuan tinggi dan grind/power-violence yang membelasah. Nuansanya begitu menghentam dan penuh kemeradangan! Diterajui vokalis wanita, jeritan dan pekikan NZT cukup nyaring dan penuh amukan, diselangi / dilatari jerkahan garang suara lelaki anggota-anggota lain XRDM yang turut dibarisi Qassim (dram), Adam (bass), Rahman (gitar) dan Memel (gitar). Tiada langsung sebarang pertikaian kerana saya hanya ada satu saranan mutlak, tape “Fashkodato!” dari XRDM ini adalah “mesti-milik”, muktamad!

Rebiu | STREET YOUNGSTERS / DISOBEY – Split


STREET YOUNGSTERS / DISOBEY – Split
Independen
Dua band dari kelompok Darul Naim Squad bergabung menghasilkan satu rilisan Split CD-R, judulnya agak panjang – “This Shit Is Two Ways Split Demo (Live Recording), Don't Like It? We Don't Fucking Care!”. Street Youngsters menampilkan 4 buah lagu manakala Disobey pula hanya dengan 2 lagu. Lagu-lagu Street Youngsters iaitu Hidup Ini, Oppression, Forever Oi!, dan We’re The Street Youngsters berada dalam nuansa Street Rock / Oi! dipengaruhi irama British Oi! dan gelombang Punk 70an/80an. Boleh tahan menangkap juga riff-riff gubahan mereka, sememangnya rocking dengan disulami bahagian-bahagian harmoni yang lazat dan solo-solo menyengat. Penggemar band-band seperti A.C.A.B, The 4-Skins, The Business dan seumpamanya pasti akan menyukai band Street Youngsters ini. Disobey pula band yang dilihat agak tersekat pergerakan mereka, mungkin masalah line-up. Dua lagu yang diketengahkan iaitu Disobey dan Media telah diperdengarkan semenjak Bangkit! menemubual mereka dalam isu #1 (Mei 2016) cuma tidak dikeluarkan secara proper dalam format fizikal. Kategori muzik kencang dan garang Disobey menjurus ke arah Chaos / Street Punk, di bawah inspirasi band seperti The Bollocks, The Exploited dan The Casualties. Meskipun dirakam ‘live’, lagu-lagu masih kedengaran baik namun agak malang bakat mereka tak dapat diperkembangkan. Dengar khabar dah bertukar nama kepada Dispatuh. Split CD-R pada tempoh-main keseluruhan 20:57 minit ini perlu anda perolehi andai ingin meneroka sesuatu dari skena Kota Bharu, Kelantan. Layan!

Rebiu | IMPRESSION YEAR / OLD UNIT – Split


IMPRESSION YEAR / OLD UNIT – Split
Dekaden Records / Hardcore Detonation
Old Unit tidak menunggu lama untuk kembali semula dengan material baru. Kali ini rilisan dalam rupabentuk split cassette bersama Impression Year, sebuah band senegeri Old Unit tetapi berlainan genre muziknya. Impression Year sebenarnya adalah serpihan band The Monaco Heartattack, dan mereka membuka split tanpa judul ini dengan 3 lagu; Crying Ghost, Sedar Nyata, dan Fiction. Terdiri daripada Daniel (vokal), Suffi (dram), Taufiq (gitar) dan Faizal (bass), band yang berpengkalan di Pasir Gudang ini memperjuangkan muzik screamo / skramz, ditunjangi riff-riff agresif dan beremosi silih berganti, komposisi yang singkat dan padat serta sarat dengan ekspresi jerit-jeritan. Fiction adalah lagu pilihan saya dari Impression Year dalam split ini. Sebaik kejayaan Demo 2017, Old Unit menyusul dengan 4 lagu; Casablanca, Sicario, Teen Wolf, dan Vanishing Point dalam split yang rilis sekitar Mac 2018 ini. Dibarisi Faizal (gitar), Fahmi (dram), Zulfadzri (bass) dan Herry (vokal), Old Unit sememangnya band yang cukup kuat dengan vibe Black Flag. Mereka memukau dengan riff-riff dan beat-beat dinamik Hardcore oldschool serta pendekatan vokal yang terik dan tarik sana-sini. Terbaik, kesemua lagunya terbaik dan entah kenapa saya sangat tertarik dengan Teen Wolf, permainannya mudah tapi sudah cukup untuk meratah! Ayuh dapatkan split cassette berdurasi sekitar 12:30 minit ini.

Rebiu | OLD UNIT – Demo 2017


OLD UNIT – Demo 2017
Dekaden Records
Old Unit begitu ampuh memperagakan kualiti serta potensi mereka menerusi rilisan cassette tape 5-lagu Demo 2017. Kuartet dari daerah Muar, Johor ini mungkin sahaja dipandang nama baharu yang hendak memulakan langkah meletakkan tapak mereka dalam scene tempatan namun hakikatnya mereka terhimpun dari individu-individu yang dahpun lama bergelumang dengan dunia muzik bersama band-band terdahulu mereka. Berbekalkan pengalaman serta pastinya pengetahuan luas dalam apa yang dilakukan, Old Unit tanpa sebarang masalah bahkan dilihat cukup berkemampuan meledakkan udara segar irama Hardcore Punk inspirasi dari wadah oldschool antaranya Black Flag, Minor Threat, Death Injection dan sebagainya yang sealiran. Kelima-lima lagu dalam pita demo ini akan membuatkan anda pendengar berada dalam dua situasi; pertamanya puas, benar-benar berpuashati dengan segala tenaga yang telah Old Unit berikan akan tetapi kemudiannya pada masa yang sama terasa "tidak puas", kerana nafsu anda akan terdorong untuk mahukan lagi dan lagi dan terus inginkan lagi dari band yang amat berkuasa ini. Untuk kembali kepada asas HC/punk 80an yang digilap dengan kemantapan produksi bunyi (terhasil dari fasiliti rakaman masakini), Old Unit adalah jawabannya. Harap anda antara yang bertuah memiliki "barang baik" ini di dalam koleksi peribadi.

Rebiu | NATIONAL NEXT – Mati Mencuba


NATIONAL NEXT – Mati Mencuba
Next Records
Mengikut catatan pada helaian lirik/info yang disertakan, “Mati Mencuba” adalah koleksi 8 buah lagu yang pernah dirakam National Next semenjak mereka bermula. Ditubuhkan sekitar tahun 2010 di Batu Pahat, band yang terdiri daripada Nor Azizan (gitar/vokal), Mohd Taufiq (gitar/vokal), Idzlan Zainal (bass) dan Amirul Azly (dram) ini memutuskan untuk merilis himpunan lagu-lagu tersebut sebagai debut full-length mereka pada awal Januari 2018 yang lalu. CD keluaran label sendiri (Next Records) yang berdurasi keseluruhan 19 minit ini satu inisiatif DIY yang terpuji, di samping mendapat bantuan / sumbangan rakan mereka yang dikenali dengan nama The Rizal Defense. National Next memainkan genre muzik yang boleh saya kategorikan sebagai Posk-Punk / Post-Hardcore. Komposisi lagu-lagunya mantap, guitarworks yang banyak idea; riff-riff teknikal dan bereksperimentasi dengan sound. Tenaga tambahan juga datang dari hentakan-hentakan dram serta mainan bass yang padu dan menonjol. Saya turut tertarik dengan tone vokal dan nyanyian yang beremosi seiring muzik yang dimainkan. Kerja-kerja rakaman telah dilangsungkan di Studio 46, Pasir Gudang di bawah kejuruteraan Mohd Fauzi manakala mixing dan mastering oleh Nazreen Abdullasim, individu-individu yang telah pun dikenali ramai menerusi Plague Of Happiness, Damokis, Narsamum dan sebagainya. Keterlibatan mereka yang berpengalaman ini cukup memberi impak terhadap kualiti bunyi rakaman dalam “Mati Mencuba”, sungguh cemerlang! Andaikata kalian meminati band-band seumpama Quicksand, At The Drive In atau Refused, kalian boleh cuba dengar juga band National Next ini. Ianya menjanjikan!

Rebiu | DUCKHEAD – Always Late


DUCKHEAD – Always Late
Puckish Record / Nervhous Records
Band tiga beradik dari Sepang, Selangor ini dikatakan mengambil masa yang agak lama sebelum bersedia tampil lebih matang dan sempurna menerusi EP “Always Late” yang rilis pada pertengahan Januari 2018. CD tersebut memuatkan enam buah lagu berdurasi keseluruhan 18:23 minit; 4 lagu berbahasa Inggeris dan 2 lagu Melayu di mana salah-satu daripadanya adalah tribute ‘Aduh Sayang’, sebuah lagu klasik nyanyian asal seniman agung P.Ramlee. Di sudut muzik, Duckhead mempersembahkan Punk Rock yang begitu menghiburkan, enak didengar dan sudah tentu layan goyang badan. Mereka menyusun riff-riff catchy dan rancak serta bahagian-bahagian ‘relaks’ dengan baik bagi menghasilkan flow yang menarik dalam setiap lagu. Kaya juga dengan komposisi melodik yang cantik, diperkasa pula dengan hentakan dan hentaman padu dari ketukan dram. Duckhead yang dianggotai oleh Idris Rabi (dram), Talhah Rabi (gitar/vokal) dan Zaid Rabi (bass/ vokal) semakin laju, lebih kencang dan cukup keras dalam dua lagu terakhir dalam EP ini. Dapatkanlah EP “Always Late”, ia berbaloi jika kalian mahukan Punk Rock tempatan yang sedap dan mantap dalam aspek kualiti muzik dan produksi bunyi. Whatsapp 0193891649 (Idris) atau 0179639316 (Nizang) segera, jangan lambat!

Rebiu | CANTILEVER – The Fall The Rise


CANTILEVER – The Fall The Rise
Independen
Rilisan ini terdapat juga dalam format pro-tape (dengan tambahan satu lagu bonus) keluaran bersama Utarid Tapes dan Isu Records tetapi yang saya ulas ini adalah versi CD-R yang lebih awal dirilis sendiri oleh pihak band sekitar Ogos 2017. Demo ini berdurasi 19:08 minit bermuatan lima lagu; The Fall The Rise, Runaway, Enigmas, Death Of Steve, dan Fallen Empire. Setiap pakej CD turut disertai lampiran bersaiz A4 mengandungi lirik serta info-info lain termasuklah beberapa foto band. Cantilever berpusat di Kuantan, Pahang; digerakkan oleh Apisjay (vokal/synth), Mirul (dram/vokal), Mune (gitar/vokal) dan Ramzy (bass/vokal). Muzik Cantilever tergolong dalam genre Post-Hardcore, sealiran band-band seperti At The Drive-In, Drive Like Jehu dan Sparta. Lagu pembukaan, The Fall The Rise adalah track pendek 1:32 minit yang mana lebih cenderung kepada bentuk instrumental, cuma diselit vokal yang meneriakkan “the fall.. the rise..” beberapa kali ulang di hampir penghujung lagu. Empat lagu seterusnya adalah pengolahan serta garapan kocokan-kocokan gitar catchy, berkepelbagaian riff teknikal yang disusun dengan baik, kekadang keras dan rancak, adakalanya penuh beremosi; samada dalam resah keluhan mahupun garang amarah. Muzik dan vokal berjalan seiring, sebati menterjemahkan segala perasaan. Cantilever ini bukan sahaja memiliki kreativiti dalam menyediakan lagu-lagu yang berkualiti, tetapi mereka dilihat cukup berkemahiran dalam memanipulasikan instrumen masing-masing. “The Fall The Rise” telah dirakam secara live di Penvia Studio, Petaling Jaya. Meskipun pendekatan rakaman secara “langsung” yang digunapakai untuk penghasilan demo ini, kualiti produksi bunyinya masih boleh dibanggakan. Pengeluaran CD ini terhad 200 unit sahaja, salinan saya #151. Ini demo yang menarik dan pastinya dinanti produk-produk mereka yang seterusnya.

Khamis, 7 Jun 2018

Interbiu | GENERACION SUICIDA : 05.06.2018


GENERACION SUICIDA is a four-piece band; consisted of Kiwi (drums & vocals), Tony (guitar & vocals), Mario (guitar), and Elias (bass). Based in Los Angeles, they play icy, angular, catchy punk with oscillating male/female vocals creating a serrated edge of paranoia and anxiety [Razorcake #77]. The band is scheduled to have their S.E.A Tour ‘18 by end of September and early October, in which will also include three venues in our country Malaysia; Kuala Lumpur (28 Sept), Penang (29 Sept), and Batu Pahat (30 Sept). Keep your eyes and mark your dates. Here’s an exclusive interview made with the singer/guitarist, Tony on behalf of Generacion Suicida. – Conversation by Pyan Nathias

Hello Generacion Suicida. What’s up today? What was going on in the LA punk scene lately?
Hello! The punk scene in LA is like every other punk scene that we know of. It goes thru its highs and lows. Sometimes there are an incredible number of great bands that just seem to pop out of nowhere and then sometimes there are barely any shows! From my perspective, it seems that this is the case pretty much all over the world, so we should really take advantage when there is a high amount of energy in the scene! Currently, LA is doing well. The summer is here and I call it the summer of shows. Lots of great bands coming thru town on tour and lots of great bands that are currently active in LA. 

Okay, how do you guys got together to form Generacion Suicida? What were among the first ideas behind the existence of the band?
The band started in 2010. We first started as a 3 piece. At the time, we were just a couple of bored friends that were heavily involved in the punk scene. We had all been in previous bands (Asko, Astalkulo, Rayos X, Etc…), had a zine and videozine (Fronteras Desarmadas), and a blog (Cola De Rata). We decided to make GS because we wanted to make a band that sounded different from all the hardcore and street punk that was dominant in the scene at the time. When we started, a lot of people didn’t like our band and didn’t even consider it punk. It was too slow and in those days it was weird for a band to not use distortion on their guitars. I think eventually the fact that we sounded so different really helped us to stand out amongst all the other bands that sounded the same. It wasn’t easy, but it was always fun!


Please describe in details about your musicstyle? Also talk about your own trademark (in music) if any and the bands & sound that influenced Generacion Suicida?
Our style is very twangy. A lot of people have described it as surf/punk. A lot of people also describe it as post-punk. I think like everything our band has gone thru changes and phases. Initially our band had a more surf/twangy style similar to bands like the Vicious or Masshysteri. But as the years went on, I think our style has changed. “Todo Termina” was our more hardcore record with it’s sped up and aggressive sound. “Sombras” was our post-punk/New Wave style record. “Reflejos” is a combination of all of that, with more of an emphasis on melody over everything. These days, people most often compare us to early The Cure. That’s a big change from when we started!

What are your lyrics talked about, and do you think that the messages laid within truly important to your listeners since they’re all sang in Spanish?
Our lyrics talk about everything that affects us as both being young and being latino/a’s in the USA. Everything from love, depression, and loneliness to oppression, police violence, gang violence, and drug addiction/coping. The main reason we sing in Spanish is because we are trying to hold on to our culture in a country where assimilation is the ultimate goal. Being “American” here means speaking only English and following a certain ruleset/mindset. We are often seen as outsiders even though we live in this country and have lived here all our lives, so we’ll embrace the idea and try to hold on to our roots as much as possible. 


Tell us further about some of your latest recordings and releases? 
Our latest record is “Reflejos”. It was released last year (2017) in time for our European tour. It is getting repressed with additional songs and will be available in time for our SEA tour this year. I’m pretty excited with how it came out and I think it is some of our best music yet!

How do you see the band currently progress since the earlier stuffs?
Like I said earlier, our band has gone thru changes and phases. I think it’s totally normal and feel that it’s natural for a band to grow, especially after being a band for almost 10 years. It would be boring to release the same record year after year! I’m excited to see what we’ll sound like in a few years. 


I saw a flyer about your South East Asia Tour 2018 this coming September/October, including 3 venues in my country Malaysia. What do you expect from this tour?
To be honest, I don’t know what to expect. None of us do. I think the shows will be great and we’re super excited just to visit and see the country! I’m excited to see how SEA does punk! 

Do you plan any “special release” for the S.E.A Tour ‘18?
Yes, Secret Records from Malaysia will be releasing all of our discography in special tape format. Keep an eye out for that!

Nazi Punks Fuck Off. Your comments on these nazism, fascism, racism, etc?
Fuck Nazis, fuck fascism, fuck racism. Not much more we can say on that topic, but fuck all that. 

Thank you. Few last words please?
Thanks for having this interview with me! We are all very stoked to be in your country soon and look forward to meeting as many punks as possible on this trip! See you all in September/October!

BANGKIT! #9 dalam pembikinan!!


Penerbitan BANGKIT! #9 buat masa ini masih dalam di dalam proses pembikinan di mana aku sedang menulis dan menyelesaikan slot Rebiu CD / Tape / Zine. Bahan-bahan lain telahpun siap. Dalam isu ini Bangkit! Fanzine menemubual band-band seperti XRDM, OLD UNIT, CANTILEVER, NATIONAL NEXT, STREET YOUNGSTERS, ABLERTRIBE dan DUCKHEAD. Sebagaimana telah diwar-warkan sebelum ini menerusi facebook, BANGKIT! #9 akan diriliskan secara splitzine bersama MY OWN MIND #1 [editor: Trashnoiser dari blog Noise From Hell] yang menampilkan interbiu dengan ACID DISTORTION, MAVIS DIRTY PROJECT, PXTX, DISTASTE, BAD IDEA, KLABU ASAP, THE PAPAS, CENDOL’S DEAD dan THE SUSE (Indonesia). Di bawah ni aku tunjukkan sampel kulit luar split issue BANGKIT! #9 / MY OWN MIND #1.


Untuk makluman korang, tempohari di bawah inisiatif Bangkit! Publishing Support Division aku ada keluarkan edisi percubaan My Own Mind #0 terhad 50 salinan sahaja. Tinggal beberapa copies sahaja dalam stok edaran aku so kalau korang berminat, segera whatsapp 0192597570.

Jumaat, 1 Jun 2018

BANGKIT! #8.5 dalam pembikinan!!


BANGKIT! FANZINE pada ketika ini dalam proses pembikinan keluaran khas “Rock Bebas”, di mana sekitar 90% telah siap. Ianya dijadualkan terbit selepas musim perayaan nanti, sekitar Julai atau Ogos 2018. Berkemungkinan juga pengeluarannya sekaligus dengan BANGKIT! #9 / MY OWN MIND #1 splitzine [bergantung kepada modal / bajet untuk cetakan dan sebagainya]. 

BANGKIT! #8.5 menampilkan ilustrasi oleh Ameer AN Naim di kulit hadapan (rujuk imej di atas) dan terkandung juga artikel “ Muzik Indie: Kemana Tujuannya?” tulisan  / sumbangan Hentak Kepala. Untuk makluman, ini adalah isu kolaborasi bersama co-editor XjujuX yang mencetuskan idea-idea di sebalik penerbitan istimewa ini dan juga mengendalikan sebahagian daripada temubual bersama band-band yang dipaparkan. 

Edisi “Rock Bebas” ini mengetengahkan band-band seperti Anavrin, Classmates, Ef’il, Frugal, Human Energy Collective, Im Innocent, Kiiyas, Mad & Rissa, Maddame…, Panggung Cerita, Radiowave, Satwo, Shh...Diam!, Shuuna, Statik, The Antara, The Fatalis, The Japs, The Jethroés, Trodace, dan Zirconia. Selainnya ruangan informasi, ulasan CD dan banyak lagi. Yeah.. terus bangkit dan rock on!

Eksklusif / Terhad | SAJAK-SAJAK REBEL ANAK-ANAK PUNK


Sajak-Sajak Rebel Anak-Anak Punk adalah sebuah keluaran “eksklusif” Bangkit! Fanzine, terbit secara rasmi pada 1 Jun 2018. Naskah berketebalan 60 mukasurat ini menghimpunkan 48 buah sajak / puisi serta 8 karya ilustrasi / senilukis dari 26 individu penyumbang; Acek Marhaen, Adi Herman, Alip Moose, Amir Fadli, Anak Sial, Ayiefitri, Fadzee Tussock, Fadzil Mohamad, Fahmi Reza, Farisi Che, Han a.k.a Trashnoiser, Harshziqr, Ieda Mazlan, Khairul Kontradiksi, Kodi Amain, Kuntum, M. Firdaus Kamaluddin, Man Dugong, Man Rabaxx, MrAndalas, Nuar Cashaft, Ocha Vozvyshennyy, Petak Daud, Redo Gemok, Rien Sd, Roots Radicals, Sijasad Bersiong, Sue Emoqwin, Sufian Mohamed Salleh, Syima Azlan, dan Tinie Tebuan.

“Namun begitu, suara-suara dari anak-anak muda yang dikumpul di dalam kompilasi ini jelas membuktikan sebaliknya. Nyata sekali ada antara mereka yang berkesedaran tinggi mengenai segala ragam kenanaran, kebobrokan, kebejatan, kebebalan, konflik dan polemik yang berlegar di sekitar mereka. Terbukti ada sebahagian anak muda, setidak-tidaknya seperti yang dipaparkan di sini, sangat sedar tentang posisi dan peranan intelektual, kultural, sosial dan politikal yang boleh dan perlu diambil dan dimainkan mereka demi merubah paradigma masyarakat.” – petikan Prakata yang ditulis oleh SO Husain.

Sajak-Sajak Rebel Anak-Anak Punk ini pastinya begitu bermakna buat kalian semua yang menyaksikan serta menjadi sebahagian daripada suara rakyat yang menamatkan penguasaan empayar Barisan Nasional selama lebih 60 tahun dan juga tumbangnya rejim Najib Razak dalam Pilihanraya Umum PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Lawan tetap lawan! Bangkit!

Harga: RM8 senaskah (tidak termasuk kos pengeposan)
+ RM2 pos biasa
+ RM4 pos daftar
+ RM8 poslaju Semenanjung / RM12 poslaju Borneo

Pembayaran:
MAYBANK – 153010198114
SUFIAN MOHAMED SALLEH

Hubungi:
facebook.com/piankvlt – Pyan Nathias (editor)
facebook.com/bangkitzine – Bangkit! Facebook
whatsapp 019-2597570


Nota: HARGA PUKAL ISTIMEWA ditawarkan untuk pihak-pihak yang berminat membantu pengedaran, sila berhubung.