Jumaat, 27 Mei 2016

Rebiu | KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT


KAMI PENGHASUT 4-WAY SPLIT
Headhunter Records
“Pada tahun 2014, banyak tangkapan dibuat dibawah Akta Hasutan kerana berlainan pendapat dan menyatakan kebenaran. Kami tuntut Akta Hasutan dimansuhkan kerana ia melanggar hak asasi kebebasan bersuara rakyat Malaysia.” – penyataan ini dicetak pada helaian info yang dilampirkan bersekali dengan pakej CD di mana inilah yang menjadi asas utama empat band berganding dalam satu rilisan split dan menyuarakan pendapat yang sama; menentang dan menolak Akta Hasutan. KAMI PENGHASUT menampilkan band-band punk Negara Dunia Ketiga; RoundOff 40 (Sabah), Con-Damn The Corruptor (Sabah), Dum Dum Tak (Kuala Lumpur) dan Mokers (Malang, Indonesia). Setiap band menyumbangkan 5 buah lagu kecuali Dum Dum Tak dengan 6 lagu. Kesemuanya terhimpun 21 buah lagu dan durasi keseluruhan CD ini 61:36 minit. Satu rilisan yang baik, himpunan muzik Punk Rock yang lazat dan menyeronokkan. Satu jam yang bukan sekadar hiburan kosong tetapi penuh pengisian dari mesej-mesej yang disampaikan setiap band. Diterbitkan oleh Headhunter Records – mohdaidil.pangazau.pulianabdul@gmail.com dan turut dibantu edaran oleh DDT Distributions – ddtdistro.storenvy.com.