Selasa, 29 November 2016

Interbiu | TIKAMxLARI : 22.11.2016


TIKAMxLARI dari Lahad Datu, Sabah menggalas muzikal Thrashcore. Terdiri daripada Wansejak (vokal), Mimin (gitar) dan Epung (dram), mereka baru sahaja melepaskan rilisan sulung, Demo 2016 pada pertengahan Oktober lepas. Ikuti interbiu ringkas bersama Mimin.

Bila dan bagaimana tercetusnya idea penubuhan TIKAMxLARI? Siapa anggota kumpulan band ini? Sebelum ini atau pada masa yang sama kalian ada bermain dengan band-band lain?
TIKAMxLARI ditubuhkan pada tahun 2014. Idea itu muncul kerana mahu memperbanyakkan lagi local band dalam scene di Lahad Datu. Band ini dianggotai 3orang jejaka iaitu Wansejak selaku vokalis lari tempoh manakala Mimin sebagai guitaris dan Epung pula drummer. Selain itu, Mimin dan Epung juga bermain dengan BACK FOR REVENGE.

Apa yang dimaksudkan dengan nama band TIKAMxLARI? Bagaimana nama ini boleh dikaitkan dengan muzik & lirik gubahan kalian?
Nama band ini sebenarnya tiada maksud apa-apa pun dan tiada kaitan muzik dengan lirik kami, cuma terlintas di fikiran sewaktu kami tengah bercerita tentang kes orang kena tikam lari dan kami pilih TIKAMxLARI untuk dijadikan nama band kami.

Mengapa memilih muzik Thrashcore sebagai genre muzik TIKAMxLARI? Berikan nama-nama band yang memberi pengaruh kepada pembentukan muzik kalian?
Kami suka muzik yang laju. Influence kami: Sarjan Hassan, Jalan Sehala, Abnormal Psychology, Arah Kiri, Langgar Lari, Makhlok Perosak.

Demo 2016 telahpun dikeluarkan pada 16 Oktober 2016 dan ia merupakan rilisan sulung dari TIKAMxLARI. Apa yang terkandung dalam demo tersebut dan nyatakan bagaimana proses rakaman berlangsung?
Demo 2016 TIKAMxLARI mempunyai 4 track iaitu; 1) Intro, 2) Tikam Lari, 3) Bangkai Hidup, dan 4) Kami Bukan Fighter. Semua lagu direkod oleh Sam dengan cara yang tidak profesional hahahahah dengan hanya menggunakan software FL Studio, manakala drum direkod live di Faid Studio.


TIKAMxLARI benar-benar puashati dengan apa yang dihasilkan dalam demo cd tersebut? Ada apa-apa kekurangan yang perlu diperbaiki dalam material akan datang?
Alhamdulillah kami berpuas hati dengan Demo 2016 pertama kami, dari segi kualiti bunyi inshaAllah akan diperbaiki untuk material yang akan datang.

Apa perkara-perkara yang disentuh dalam penulisan lirik-lirik lagu kalian dalam demo tersebut?
“Tikam Lari” cerita tentang seseorang kawan yang suka cakap belakang tentang kawannya sendiri. Manakala  “Bangkai Hidup” tentang seseorang yang mahukan revolusi tapi langsung tidak menunjukkan sebarang aksi. Lagu “Kami Bukan Fighter” pula pasal orang suka menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

Artwork yang ditampilkan pada kulit cd agak menarik. Siapa yang lukis dan apa maksud tersirat disebalik artwork tersebut?
Artwork TIKAMxLARI dilukis oleh Mazwan. Ianya adalah hasil buah fikirannya sendiri membayangkan TIKAMxLARI sedang bermain di dalam gig.

TIKAMxLARI turut serta dalam acara Nunukan Musik Berisik vol.2 “Bersatu Kita Kuat” di Kalimantan Utara, Indonesia. Kongsikan pengalamannya?
Satu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan dan sukar untuk diceritakan di sini hehehehe! Pokoknya di sana memang power. Kami dari TIKAMxLARI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan event tersebut, terutamanya Mugie serta keluarga yang menjaga kami selama 4 hari ketika berada di sana serta komuniti NUSA dan NKHC serta kawan-kawan dari Tarakan dan pulau sekitarnya. Tidak lupa juga kepada crew yang berkerja keras dan awal event sehingga menjayakan event ini. Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh semata-mata datang untuk support event ini. Kami di sini juga ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya ada salah silap semasa berada di sana. 

Sebagai penutup, apa pendapat kalian tentang scene Hardcore/Punk di Lahad Datu dan mengapa TIKAMxLARI perlu diberi perhatian?
Scene hardcore/punk di Lahad Datu semakin maju dengan adanya band-band yang sentiasa aktif dalam scene dan sentiasa menyokong antara satu dengan yang lain. Kami sendiri pun tidak tahu mengapa TIKAMxLARI perlu diberikan perhatian sebab band kami pun juga sama dengan band-band yang lain tiada yang istimewa heheehe! Terima kasih Pyan Nathias kerana sudi interview. Harap zine Bangkit! akan terus maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan