KLABU ASAP pada asasnya sebuah nama baru dalam arena Punk Rock tempatan, akan tetapi keupayaan mereka menghasilkan EP yang berkualiti sangat menakjubkan! Band pop punk 3 anak muda dari selatan tanahair ini terdiri daripada Ijam (gitar), Botak (bass/vokal) dan Eddy (dram). Pasti ramai yang ingin tahu tentang Klabu Asap dan EP keluaran usaha mereka sendiri. Ikuti interbiu ini, bersama Botak.
Tahniah di atas pengeluaran “selftitled” EP dari Klabu Asap. Apakah makna rilisan ini kepada eksistensi band Klabu Asap itu sendiri? Bagaimana rupanya sambutan dan penerimaan para pendengar yang telah kalian perolehi setakat ini?
EP ni dibuat sebab alang-alang dah ada lagu sendiri dan sebab lama sangat tertangguh, selain untuk tinggalkan hasil dari band yang bernama Klabu Asap dalam scene punkrock Malaysia. Pasal sambutan tuuu... kira okay la.
Dua format sekaligus; CD dan kaset dicetak professional, diriliskan pula tanpa bantuan label. Klabu Asap cukup bertuah mampu melakukannya atas usaha sendiri. Memang benar, Punk dan DIY cukup rapat hubung-kaitnya. Pendapat kalian?
Kaset dibuat untuk budak-budak scene kaset.. diaorang kumpul benda ni.. CD tak perlu komen la kot. D.I.Y dan Punk?.. Saya ni bukan punk pun.. minat dengan muzik je. Saya dengar semua jenis muzik dan bunyi. D.I.Y cam biasa arr.. masuk bakul, angkat arr sendiri.. lemak kau nak orang angkatkn.. kau siapa??? Pahamkan...
Umum mengenali Klabu Asap sebagai sebuah Pop Punk. Sebaliknya, saya percaya kalian mempunyai deskripsi yang lebih tepat tentang bentuk muzik Klabu Asap. Bagaimana kalian definasikan irama punk yang dimainkan mengikut cara Klabu Asap? Dari mana datangnya inspirasi dalam mencipta lagu-lagu band ini?
Takde penerangan yang tepat pasal muzik Klabu Asap. Mungkin Blink-182 wannabeee kot.. semua lagu yang saya buat semua nak dapat sebijik macam Blink-182. Inspirasi lagu tuu... dia mai gitu je arr..
Mungkin ramai yang belum mengenali Klabu Asap. Ceritakan sedikit bagaimana band ini boleh terbentuk? Dan juga, siapakah kalian sebelum bersatu menubuhkan Klabu Asap? Mengapa namanya Klabu Asap?
Sejarah eaaa.. Klabu Asap ni cerita 6-7 tahun lepas kot.. 4 orang penyamun. Satu tempat kerja dan kawan baek. Jamming suka-suka.. Pastu abang jamming Taman Daya tu selalu tanya band apa eaa?? Nak jamming pun kena ada nama band ker??? Edi pun hembus Klabu Asap. Anggota asal Klabu Asap; Lan, Boi, Edi dan Botak. Pastu Lan keluar. Pastu Edi (juga keluar). Lan rekomen Ejam untuk ganti Edi. Pastu Boi plak (keluar). Edi aku minta tolong session drum untuk siapkan EP 2015 dan untuk gig-gig juga pinjam (Edi) sekejap.. dia banyak sangat band.
Cinta dan persahabatan dilihat menjadi tema utama penulisan senikata lagu-lagu kalian. Ianya mudah dan ringan apatah lagi digabungkan dengan satu irama punk yang mesra pendengar. Klabu Asap boleh diterima baik di pelbagai kelompok dan lapisan masyarakat. Adakah ini dirancang? Apakah ada juga hasrat untuk menulis subjek yang lebih berat?
Bab lirik memang betul lirik tu dirancang (EP pertama). Saja saya tulis pakai ayat pawer dan tajuk lagu yang tak boleh blah nak bagi Edi (gitaris dan vokal asal berdekah) dan dia memang berdekah hahahaha!!. Lirik dibuat untuk diterima masyarakat?... tak arrr. Untuk EP pertama tu semua lagu yang saya buat tu saja-saja buat untuk kawan-kawan dan bagi diaorang berdekah bila dengar.. tu je. Lirik berat belum pandai lagi. Belum mendalami lagi masalah tu...
Bagaimana kalian mencipta “mood” dalam lagu-lagu gubahan Klabu Asap? Olahan dan susunannya kedengaran begitu menarik dan mengesankan.
Mood lagu... Tah arrr.. saya buat tempo tu 100% nak dapatkan stail Blink-182.
Apakah kelebihan bekerja dan menghasilkan rakaman di Studio46 - Nyaring Studio? Kenalkan kepada kami siapa Ajen? Di sebalik produksi yang begitu baik ini, apa agaknya ruang-ruang kosong yang perlu Klabu Asap berikan improvisasi untuk rakaman dan rilisan mendatang?
Rekod kat Nyaring kelebihan tu saya tak tau arr.. Banyak band rekomenkan kat situ murah dan barang pawer. RM500 untuk 10 jam. Satu lagi saya mengharapkan mungkin Ajen boleh guide kami dengan pengalaman dia merekod. Kami satu hapa pun tak tau. Ajen ni dia ade band; I See Dumb People dan Eleventh Avenue. Dan juga sound engineer untuk Plague Of Happiness. Ruang kosong yang perlu dipertingkatkan? Semua perlu dibaiki.. masih tak dapat bunyi yang saya dengar dalam kepala.. ada sikit-sikit bunyi yang kacau tempo lagu. Maklumlah rekod nak siap cepat (nak jimat kos sampai terlepas dengar 2-3 benda).
Ilustrasi pada sampul/kulit (menggambarkan peperangan, kebinasaan) pada saya bersifat kontra dengan konsep lirikal dalam EP ini. Boleh terangkan apa tafsir maksudnya?
Hahaha memang sengaja buat cam tu. Tak kena dengan lagu pop punk kaseh sayang yang Klabu Asap main. Konon nak bagi nampak ganas.
Dalam rebiu saya menulis: “..Klabu Asap tiada masalah untuk melangkah lebih jauh. Mereka mempunyai peluang untuk berada di arus perdana sepertimana Flop Poppy mahupun Bunkface seandainya mereka mahu”. Ia bukan cadangan. Ia sekadar satu pandangan. Kalian selesa dengan kenyataan itu? Atau terus mengorak langkah di laluan indie/bawahtanah?
Boleh main mainstream? Tak kot... sebab ni part time je. Saja buang-buang masa.. malu arr nak mainstream. Selesa main underground.. dapat sing-a-long dengan 2-3 orang kawan pun dah best dah.
Saya gembira menemubual Klabu Asap. Lebih lama, lebih banyak persoalan yang mahu ditanya. Cukup untuk kali ini. Soalan terakhir, mengapa harus penggemar muzik punk / hardcore / indie di luar sana segera dapatkan “selftitled” EP karya kalian?
Kenapa pendengar muzik bebas harus memiliki EP Klabu Asap?... Hahahaha... semua lagu dalam EP ni pasal kaseh sayang dan cinta. Kalau anda rasa tergolong dalam golongn tersebut, maka EP ni sangat direkomenkan kepada anda... hahahaha!!!
NOTA: Sepertimana disiarkan dalam BANGKIT! #1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan